Tempahan bagi model tersebut turut dibuka secara rasmi.
Kia Carnival 2022 CKD merupakan model pertama pemasangan tempatan di Kilang Inokom Assembly, Kulim, Kedah setelah jenama Kia dikendalikan oleh entiti baharu.
Namun, Kia Carnival versi 11 tempat duduk masih lagi ditawarkan secara rasmi oleh Kia Malaysia, dan ia merupakan satu-satunya unit yang diimport sepenuhnya (CBU).

Berbanding model CBU yang diperkenalkan sebelum ini, Kia Carnival versi CKD menerima beberapa penambahbaikan dari segi spesifikasi, serta ciri kemudahan yang lebih moden.
Secara standard, Kia Carnival CKD mendapat ciri baharu seperti lampu kombinasi belakang LED, serta sistem audio BOSE dengan 12 pembesar suara.
Antara ciri standard lain termasuklah rim aloi bersaiz 18 inci, lampu utama LED berkembar, lampu nyalaan siang LED, skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sokongan pengecasan peranti pintar nirwayar serta tujuh slot pengecasan USB.

Dua varian tertinggi (2.2D 8-seater High & 7-Seater High) mendapat tambahan ciri seperti fungsi memori pada tempat duduk pemandu, kerusi dengan ciri ventilasi dan pemanas, skrin kluster digital 12.3 inci, sistem pencahayaan dalaman LED, sistem kamera keliling, serta bumbung suria berkembar.
Varian tujuh tempat duduk pula didatangkan dengan kerusi balutan kulit, serta kerusi Premium Relaxation yang dipisahkan dengan ruang tengah bagi menawarkan keselesaan kepada penumpang baris kedua.
Dari segi keselamatan, Kia Carnival CKD secara standard dilengkapi dengan ciri seperti:
- enam beg udara SRS
- ABS, EBD, Bantuan Brek
- Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
- Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
- Kawalan Brek Berbilang-Pelanggaran (MCB)
- Bantuan Mula Mendaki (HAC)
- Fungsi Auto-Hold
- Amaran Penumpang Belakang
- cagak ISOFIX

Dua varian tertinggi pula mendapat tambahan ciri keselamatan termaju (A.D.A.S) yang merangkumi:
- Bantuan Suluhan Tinggi (HBA)
- Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW)
- Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA)
- Sistem Pemantauan Titik Buta (BVM)
- Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA)
- Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)
- Amaran Tumpuan Pemandu (DAW)
- Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA)
- Bantuan Mengikut Lorong (LFA)
- Kawalan Jelajah Pintar (SCC)
Sama seperti Kia Carnival CBU, Kia Carnival versi pemasangan Kulim ini masih lagi mengekalkan penggunaan nadi diesel turbo 2.2 liter yang mampu menjana 199 hp @ 3,800 rpm dan daya kilas 440 Nm @ 1,750-2,750 rpm yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan fungsi penukar elektronik (E-Shift).
Terdapat lima warna yang ditawarkan termasuklah Astra Blue, Sonic Silver, Jet Black, Snowflake White Pearl dan juga Meteor Gray.

Harga jualan adalah seperti berikut:
- Kia Carnival 2.2D 8-Seater: RM231,228.80
- Kia Carnival 2.2D 8-Seater High: RM247,228.80
- Kia Carnival 2.2D 7-Seater High: RM261,228.80
Setiap model Kia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama Lima Tahun dengan had perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu), serta didatangkan dengan pakej Penyelenggaraan Berjadual Percuma Lima Tahun, juga dengan had perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu).