Kia Carnival 2024 diperkenal di Korea, depan dan belakang baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Carnival 2024
Kia Carnival 2024
Kia Carnival mempunyai sejarah yang panjang termasuk diperkenalkan di pasaran tempatan dan dijenamakan semula sebagai Naza Ria.

Daripada empat generasi sejak 1998, dua dibawa masuk ke pasaran tempatan dengan generasi keempat mula ditawarkan pada Disember 2021.

Dibawa masuk sebagai unit import (CBU), pengguna tempatan kini boleh memiliki Carnival buatan Kulim, Kedah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Carnival 2024

 

Carnival generasi keempat sebenarnya mula dikeluarkan sejak 2020 dan tanpa perlu menunggu lebih lama, Kia mendedahkan Carnival 2024 pada 27 Oktober di Korea.

Sejujurnya, siaran media Kia Korea menggunakan perkataan 더 뉴 카니발 atau bermaksud The New Carnival.

Kia meningkatkan lagi daya saing Carnival dan dari reka bentuk sahaja dilihat mudah menambat hati pengguna.

 

Kia Carnival 2024

 

Rekaan baharu tersebut membawa aura Cadillac dan persamaan sebegitu adalah perkara biasa dalam dunia automotif.

Carnival 2024 direka mengikut konsep Modern Boldness yang berasaskan falsafah reka bentuk Opposites United Kia.

Rekaan depan tersebut mula digunakan Picanto 2023 sebelum disusuli Sorento 2023 yang kedua-duanya diperkenal selang beberapa minggu di dalam bulan Julai.

 

Kia Carnival 2024

 

Bahagian depan tampil futuristik dengan lampu utama menegak dan lampu nyalaan siang (DRL) signature star map lighting.

Jeriji radiator membawa perincian yang menampakkan imej mewah. Secara keseluruhannya, rupa depan Carnival 2023 langsung berbeza daripada sebelum ini.

Pada bahagian sisi, lampu depan dan belakang seperti bersambung dan dihubungkan dengan garisan badan. Rim rekaan baharu menonjolkan imej yang berani dan kuat.

 

Kia Carnival 2022 - Malaysia
Kia Carnival 2022 - Malaysia

 

Bahagian belakang Carnival nampak lebih kemas dan bersahaja. Tiada garisan atau permukaan yang berlawanan arah.

Plat pendaftaran dipindah ke bawah dan pembuka pintu yang terdedah dibuang bagi mewujudkan pintu kargo yang lebar dan kemas. 

Lampu belakang star map rear combination lamp mengulang semula rekaan depan dan menambah aura mewah.

 

Kia Carnival 2024

 

Maaf, tiada gambar dalam yang dikongsi dan lebih banyak perincian akan dikongsi semasa tempahan awal dibuka pada November.

Berkenaan rangkaian kuasa, Kia merancang untuk memperkenalkan model 1.6 liter turbo hibrid dan secara keseluruhannya ada tiga pilihan iaitu petrol, diesel dan hibrid.

Pelanggan boleh memilih enam warna iaitu  Ivory Silver, Snow White Pearl, Astra Blue, Aurora Black Pearl, Pantera Metal dan Ceramic Silver.

 

Kia Carnival 2024

 

Di pasaran tempatan, Carnival 2.2 liter diesel turbo dijual dari RM199,840.80 hingga RM261,228.80 bergantung kepada varian.

Penulis: Muhammad Md Tajudin Kredit gambar: KIA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu…