
Kia Digital Key 2 dan hendal pintu jenis sentuh di luar yang sebelum ini ditawarkan sebagai pilihan dijadikan ciri asas pada varian Signature dan ke atas.
Varian Gravity menerima warna baharu Snow White Pearl manakala varian Noble ditambah pilihan warna dalaman Cotton Beige dan Navy Gray.
Berbeza daripada pasaran tempatan dengan enjin 2.2 liter diesel turbo, Carnival di Korea mempunyai dua lagi pilihan iaitu 3.5 liter petrol dan 1.6 liter turbo hibrid.
Rangkaian kuasa hibrid itu mungkin jawapan kepada program subsidi diesel bersasar jika dibawa masuk kelak.
Untuk makluman, Hyundai Santa Fe pasaran tempatan sudah pun menggunakan rangkaian kuasa 1.6 liter hibrid selain 2.2 liter diesel.
Senarai rangkaian kuasa:
- 3.5 liter petrol, 8 kelajuan automatik, 294ps@6,400 rpm, 355Nm@5,000 rpm
- 2.2 liter diesel turbo, 8 kelajuan automatik, 194ps@3,800 rpm, 441Nm@1,750 - 2,750 rpm
- 1.6 liter turbo hibrid, 6 kelajuan automatik, 180 ps, 265Nm, 54kW, 304Nm (motor elektrik), 245 ps 367Nm (keseluruhan)
Senarai varian dan harga:
3.5 liter, 9 tempat duduk
- Prestige: 35.51 juta won (RM113,042)
- Noblese: 39.91 juta won (RM127,007)
- Signature: 43.56 juta won (RM138,622)
2.2 liter diesel, 9 tempat duduk
- Prestige: 37.46 juta won (RM119,216)
- Noblese: 41.86 juta won (RM133,220)
- Signature: 45.51 juta won (RM144,837)
1.6 liter hibrid, 9 tempat duduk
- Prestige: 40.06 juta won (RM127,468)
- Noblese: 44.46 juta won (RM141,498)
- Signature: 48.11 juta won (RM153,115)
3.5 liter, 7 tempat duduk
- Noblese: 42.5 juta won (RM135,241)
- Signature: 46.36 juta won (RM147,524)
2.2 liter diesel, 7 tempat duduk
- Noblese: 44.43 juta won (RM141,372)
- Signature: 48.29 juta won (RM153,662)
1.6 liter hibrid, 7 tempat duduk
- Noblese: 47 juta won (RM149,557)
- Signature: 50.86 juta won (RM161,839)
Kemasan Gravity untuk varian Signature sembilan tempat duduk boleh dipesan dengan tambahan 1.03 juta won (RM3,277).
Untuk tujuh tempat duduk pula, tambahan yang diperlukan ialah 820,000 won (RM2,609).
Jualan Kia Carnival 2025 di Korea dimulakan pada 15 Oktober 2024.
Penulis: Muhammad Md Tajudin