Kia Carnival baharu cium dinding, tak sempat keluar bilik pameran

oleh Mohamad Hanif|
Berita berkenaan kereta sports atau supercar yang kemalangan selepas beberapa kilometer keluar dari bilik pameran mungkin sudah biasa kita dengar, memandangkan tidak begitu ramai yang arif mengendalikan kenderaan berkuasa tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, malang tidak pernah mengenal siapa, begitu juga nasib yang menimpa seorang pembeli yang nampaknya terlalu gembira menerima kereta baharu.

Bertempat di India, seorang pembeli Kia Carnival terpaksa berputih mata apabila beliau didapati gagal mengawal minivan yang tidak pun sempat keluar beberapa meter dari kawasan pusat pameran Kia.

Mujur sistem keselamatan yang didatangkan pada Kia Carnival ini berfungsi dengan baik di mana beg udara meletus dengan baik dan tidak mencederakan dua orang penumpang yang berada di dalam MPV ini.

Apa yang lebih menyedihkan, insiden ini turut dirakam secara langsung, berkemungkinan besar ahli keluarga yang menginginkan sebuah kenderaan besar yang selesa.

Di India, Kia Carnival hanya ditawarkan dalam satu varian enjin sahaja, iaitu enjin diesel 2.2 liter yang menghasilkan 197 kuasa kuda dan 440 Nm daya kilas, dan digandingkan dengan transmisi automatik sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu…
Berita Global
  Carnival generasi keempat sebenarnya mula dikeluarkan sejak 2020 dan tanpa perlu menunggu lebih…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…