Kia Carnival versi CKD bakal dilancarkan di Malaysia kelak - anggaran dari RM235k

oleh Mohamad Hanif|
Kia Carnival merupakan antara model MPV baharu yang sangat kami suka disebabkan oleh kelebihan yang ada dalam satu pakej yang lengkap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun untuk sesetengah keluarga, 11 tempat duduk itu mungkin satu 'pembaziran' yang nyata walaupun baris belakang sebenarnya boleh terus dilipat untuk mencipta ruang kargo yang lebih besar.

Berita baik, Kia Malaysia menerusi Dinamikjaya Motors dilapor akan melancarkan Kia Carnival versi pemasangan tempatan (CKD) dalam masa terdekat.
 

Carnival CBU


Berdasarkan hantaran di FB Kia Seri Kembangan - AZ Motor, Kia Carnival versi CKD ini bakal ditawarkan dalam tiga varian utama, di mana mengikut tradisi dua versi terawal akan dilengkapi dengan lapan tempat duduk, manakala versi paling premium mungkin sekali akan didatangkan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk.

Tidak seperti Kia Carnival CBU yang masih lagi mengekalkan meter analog, Kia Carnival CKD bakal membawakan panel meter digital sebagai satu penambahbaikan kepada spesifikasi sedia ada.
 

Kia Carnival


Dikatakan, harga jualan anggaran yang bakal dibawakan oleh Kia Carnival CKD bermula dari RM235k hingga RM260,xxx untuk versi premium dengan tujuh tempat duduk, sedikit tinggi berbanding harga jualan RM196,340 untuk model CBU.

Setakat ini, tiada sebarang petunjuk tarikh pelancaran rasmi, dan berdasarkan laporan rakan media Wapcar, kesemua unit CBU Kia Carnival versi 11 tempat duduk telah pun habis terjual.

Baca: Kia Carnival 2022 - Econovan moden

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu…
Berita Global
  Carnival generasi keempat sebenarnya mula dikeluarkan sejak 2020 dan tanpa perlu menunggu lebih…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…