Kia daftar tanda dagang "TASMAN" - nama untuk trak pikap baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Kia dilapor telah memfailkan permohonan pendaftaran tanda dagang bagi nama "TASMAN" di beberapa negara seperti Australia, New Zealand, Perancis, Uruguay dan Costa Rica.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Kia telah membuat beberapa permohonan pada bulan April, dan terdapat kemungkinan besar nama tersebut bakal digunakan untuk trak pikap baharu yang kini sedang dalam fasa pembangunan.


 

Imej oleh Theophilus/WhichCar


Berdasarkan laporan terdahulu, pengeluar automotif Korea itu telah pun memberitahu para pengedar tentang kehadiran sebuah ute baharu untuk pasaran Australia pada tahun 2025.

Trak empat pintu dengan binaan body-on-frame itu dikatakan telah mula dibangunkan sejak tahun 2020 lagi, bakal ditawarkan dengan nadi diesel dan akan bersaing dengan trak-trak pikap seperti Toyota Hilux dan Ford Ranger.

Butiran spesifikasi juga belum didedahkan, namun Hyundai Group ada memiliki calon enjin yang sesuai, sebelum ini muncul pada Genesis GV80.

 

Imej oleh Theophilus/WhichCar


Enjin enam silinder sebaris diesel itu berupaya menjana kuasa 278 PS dan daya kilas 600 Nm, menjadikannya jauh lebih bertenaga berbanding Toyota Hilux, Ford Ranger, Mitsubishi Triton dan Nissan Navara.

Setakat ini, tiada sebarang petunjuk trak tersebut akan muncul di pasaran Amerika Syarikat.

Sumber: CarGuides

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), modul…
Berita Global
  Satu sejarah menarik ialah Kia adalah syarikat pertama di Korea yang mengeluarkan basikal …
Berita Global
  Picanto yang berada dalam segmen A digemari pengguna UK dan sekarang ini model petrol baharu…