Kia dan Peugeot bakal ada tuan baharu?

oleh HEZERI SAMSURI|
Desas-desus berkenaan dua jenama di bawah payung Kumpulan Naza bakal diambil alih oleh syarikat lain semakin kuat kedengaran.

Awal pagi tadi, New Straits Times mengeluarkan satu artikel yang mendakwa besar kemungkinan Bermaz Auto Bhd (BAuto) akan mengambil alih kedua-dua jenama tersebut.

BAuto dikatakan akan mengambil alih Kia, termasuk kebenaran memegang francais dan kesemuanya sekali.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Naza juga dikatakan telah menjual kebanyakan cawangan Kia miliknya kepada pengedar-pengedar Kia sendiri dan kumpulan itu sudah melantik seorang penasihat luaran untuk proses pemindahan francais Kia.

BAuto pula dikatakan sudah mengumumkan ia akan menambahkan satu lagi jenama kenderaan di bawah portfolio syarikat itu, tetapi nama jenama itu tidak disebut.

BAuto bukanlah satu-satunya syarikat yang mengintai dua jenama tersebut, dan antara syarikat lain yang dikatakan berminat ialah Berjaya Motors dan Sime Darby, walaupun kedua-dua itu mempunyai masalah dengan beberapa jenama masing-masing.

Sumber-sumber Careta pula berkata BAuto lebih ke arah jenama Peugeot dan Citroen, yang juga berada di bawah Kumpulan Naza. 

Ini ialah kerana BAuto sudah membuat proses usaha wajar (due diligence) untuk singa Perancis itu dan ia lebih mudah kerana kilang pemasangan Peugeot yang berada di Gurun sudah pun dikawal oleh Peugeot sendiri.

"Kia Korea mahukan sebuah kilang di Malaysia untuknya sendiri dan ia mahu pemegang francais baharu untuk membuat pelaburan tersebut. 

Dalam keadaan ekonomi sekarang, dan dengan keadaan industri automotif yang semakin suram, pelaburan sebesar itu sukar untuk dilakukan," ujar sumber Careta.

Kumpulan Naza juga pernah digembar-gemburkan untuk membawa masuk jenama kenderaan Suzuki (kereta dan SUV) tetapi mengalami masalah produk.

"Produk yang diterima untuk pasaran Malaysia ialah Suzuki Swift Sport sahaja. Ini membataskan potensi jenama Jepun itu. Produk Suzuki juga bukan lagi mampu milik seperti dahulu. Tengok sahaja harga Jimny di Thailand dan di Indonesia," terang sumber tersebut lagi.

"Naza mungkin akan terus menyimpan jenama-jenama premium seperti Ferrari dan Maserati kerana ia mempunyai prestasi yang cemerlang di sini, malah untuk rantau Asean sebenarnya," sambungnya lagi.

Dari apa yang dilihat, memang mungkin Kumpulan Naza mahu keluar dari industri automotif kerana ia tidak lagi menarik seperti dahulu. Mungkin strategi baharu mereka lebih ke arah industri lain yang lebih relevan dengan peredaran zaman sekarang kerana industri automotif memang sudah dilihat sebagai satu "sunset industry".

* Pautan untuk laporan NST 

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Bab Kumpulan Naza adalah satu-satunya syarikat pemegang AP yang berjaya membuka kilang kenderaan,…
Berita Domestik
Menurut satu sumber yang rapat di dalam industri, rundingan antara Suzuki dan Naza dijangka akan…
Berita Domestik
  Pelaburan sebanyak RM1.5 juta itu turut melihat ruang pameran untuk barangan Ducati dan juga…