Kia EV6 habis ditempah dalam masa beberapa jam

oleh HEZERI SAMSURI|
Kia memang sebuah jenama yang diterima di US dan Eropah, terutama oleh generasi muda yang tidak percaya mereka perlu membayar lebih untuk sebuah kenderaan kerana jenama.

Mungkin kerana itu Kia berjaya menjual 1,500 unit Kia EV6 mereka dalam masa beberapa jam sahaja, walaupun model itu hanya akan dihasilkan tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia EV6 ialah sebuah SUV elektrik paling baharu dan edisi pertama yang habis ditempah itu dipanggil First Edition.

Ia adalah EV global pertama Kia yang menggunakan platfom modular elektrik global (E-GMP). Antara ciri-ciri menarik EV6 ini ialah:- Boleh menggunakan pengecaj berkuasa 400v dan 800v.
- Mampu memberikan jarak perjalanan 112 km jika dicaj selama lima minit menggunakan pengecaj pantas.
- Mampu mencapai jarak perjalanan 330 km jika dicaj selama 18 minit dengan pengecaj pantas.
- Sistem Augmented Reality Head-Up Display.
- Remote Smart Parking Assist.
- Bumbung suria
 

 

- Roda aloi 20-inci.
- Sistem audio dengan 14 pembesar suara Meridian.
- Tiga varian bakal ditawarkan - EV6, EV6 GT Line dan EV6 GT.
- Dua motor elektrik untuk fungsi AWD.
- Bateri bersaiz 58 kWh dan 77.4 kWh.
- Kuasa kuda 167 hp untuk bateri 58 kWh, 218 hp untuk bateri 77.4 kWh dengan RWD dan 576 hp untuk  bateri 77.4 kWh dengan AWD.
- Jarak perjalanan maksimum melebihi 510 km dengan sekali caj.
- Pecutan 0-100 kmsj dalam 3.5 saat dan kelajuan maksimum ialah 260 kmsj (EV6 GT).

 

 

Juga menarik ialah antara tiga pilihan hadiah percuma yang ditawarkan kepada pembeli First Edition, pengecaj di rumah, 1,000 kWh kredit untuk digunakan pada rangkaian caj nasional dan sebuah jam pintar Apple Watch untuk digunakan bersama sistem Kia Connect.

Lebih dari 81 peratus pembeli telah memilih pengecaj rumah berbanding dua lagi pilihan dengan Apple Watch menjadi pilihan paling minimum.

Harga EV6 dijangka bermula dari US$45,000 (RM186,300).

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…
Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…