Kia EV9 2024 - platform E-GMP, jarak gerak hingga 541 km, kuasa cecah 380 hp, 600 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperlihatkan rekaan sebenar beberapa minggu yang lalu, Kia baru-baru ini telah mendedahkan lebih banyak perincian berkenaan SUV elektrik andalan EV9 2024 yang bakal dilancarkan kelak.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dari segi dimensi, Kia EV9 mempunyai ukuran yang hampir sama dengan model Telluride.

Dengan panjang 5,010 mm, lebar 1,980 mm dan tinggi 1,755 mm, Kia EV9 mempunyai kelebihan jarak antara roda yang lebih panjang, iaitu sekitar 3,100 mm.
 

Kia EV9


Biarpun memiliki rekaan badan berpetak, Kia EV9 mempunyai kadar pekali seretan serendah 0.28 yang boleh dicapai menerusi pelindung bawah badan 3D, rim aerodinamik serta tirai udara inovatif yang wujud pada bampar depan.

Dibangun menggunakan platform E-GMP, SUV tiga baris tempat duduk dari Kia ini bakal menawarkan sehingga tiga konfigurasi trenkuasa.

Versi asas menampilkan gandingan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang berkuasa 215 hp dan 350 Nm, pek bateri 76.1 kWh dengan kuasa pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.2 saat.
 

EV9


Sementara versi RWD Long Range pula dilengkapi dengan pek bateri 99.8 kWh dan motor elektrik 201 hp, di mana pecutan 0-100 km/j sedikit perlahan (9.4 saat) dan jarak gerak sejauh 541 km mengikut data WLTP.

Versi paling tertinggi didatangkan dengan motor elektrik berkembar yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 380 hp dan 600 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j adalah sekitar 6.0 saat.

Kia turut menawarkan fungsi Boost yang membolehkan pemilik meningkatkan angka daya kilas itu tadi kepada 700 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j kini lebih pantas, sekitar 5.3 saat.
 

EV9


Senibina elektrik 800 voltan yang wujud pada Kia EV9 ini membolehkan pengecasan selama 15 minit mampu menambah jarak sejauh 238 km.

Sama seperti model E-GMP yang lain, Kia EV9 turut menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang menawarkan kuasa sehingga 3.68 kW untuk kegunaan peralatan berkhemah, atau mengecas peranti elektronik.

Dari segi teknologi, Kia EV9 mendapat ciri swapandu Tahap 3 (SAE Level 3) Highway Driving Pilot (HDP) yang mampu mengesan objek 360 darjah bagi menghalang kemungkinan pelanggaran terjadi, dibantu dengan 15 unit penderia termasuk dua LIDAR.
 

EV9


Ciri keselamatan lain termasuklah Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Pengekalan Lorong (LKA), serta Sistem Jelajah Pintar berasasakan Navigasi (NSCC).

Selain sistem kemaskini over-the-air (OTA) dan Kia Connect Store, Kia EV9 turut menyokong penggunaan kunci digital yang membolehkan pemilik menyahkunci kenderaan dengan menggunakan peranti pintar.
 

EV9


Untuk ruang kabin, Kia EV9 mampu menawarkan konfigurasi sehingga enam atau tujuh tempat duduk, di mana tempat duduk baris kedua boleh didapati dalam versi biasa atau versi yang boleh dipusingkan sehingga 180 darjah ke belakang.

Selain versi standard, Kia EV9 juga turut ditawarkan dalam trim GT-Line yang lebih sporti, di mana rekaan bampar sedikit berbeza, diikuti dengan rekaan rim, rak bumbung serta penawaran warna yang unik.

Kia bakal membuka tempahan bagi model EV9 ini di pasaran Korea Selatan menjelang suku kedua tahun ini, diikuti dengan pasaran global yang lain.
 

EV9


Harga jualan hanya akan diumumkan kelak.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kia EV9 ialah kenderaan pertama yang dilancarkan di pusat membeli-belah bertaraf dunia di tengah-…
Model Terbaharu
Kia EV9 merupakan pemenang anugerah berprestij seperti World Car of The Year 2024 dan juga…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…