Kia hasilkan kenderaan yang ke-3 juta di US

oleh HEZERI SAMSURI|
Kia Motors semalam menyambut kejayaan istimewa apabila ia memasang kenderaan yang ke 3 juta di Amerika Syarikat.

Di pasang di kilang Kia Motors Manufacturing Georgia, kenderaan tersebut ialah SUV besar Telluride SX Prestige.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kilang itu memakan pelaburan sejumlah US$1.1 billion dan operasinya bermula pada 16 Nov, 2009. 

Ia menghasilkan 40 peratus dari kenderaan Kia yang dijual di negara Uncle Sam itu.

Selain dari Telluride, kilang di West Point, Georgia itu turut memasang model Sorento dan Optima.

Cukup menarik bila kita teringat zaman Kia mula bertapak di US. Pada masa itu, model Kia Sportage generasi pertama mendapat kecaman teruk dari pengguna di US kerana kualiti yang menghampakan.

Keadaan semakin tenat bila pihak insurans sendiri tidak mahu memberikan perlindungan untuk model tersebut.

Namun Kia tidak putus asa dan terus berusaha untuk membaiki diri mereka dan sekarang, mereka sudah menghasilkan tiga juta kenderaan di US sahaja.

Mungkin ini satu pengajaran kepada jaguh-jaguh kampung kita.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di sebalik itu, apakah kayu ukur kejayaan sesebuah pengeluar dalam menawarkan EV kepada…
Informasi
  Di antaranya akibat dari konsolidasi industri pada tahun 80-an, Kia terpaksa menghentikan…
Model Terbaharu
Kia Sportage 2022 tidak kurang hebatnya apabila generasi baharu yang mula diperlihatkan ini tampil…