Kia, Hyundai, Genesis juara baru kajian kebolehpercayaan kenderaan J.D. Power 2022

oleh Mohamad Hanif|
Selalunya kita mendengar jenama-jenama automotif Jepun menjuarai carta kualiti, tahap kebolehpercayaan, ketahanan serta kepuasan pelanggan terhadap kenderaan yang dimiliki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun berdasarkan kajian terbaharu Vehicle Dependability Study 2022 oleh J.D. Power, ia kini diungguli oleh jenama-jenama Korea seperti Kia, Hyundai dan Genesis!

J.D. Power memperoleh data kajian daripada para pemilik berhubung sembilan kategori utama termasuklah unit trenkuasa, sistem infotainmen serta pengalaman pemanduan, dan skor akan dikira berdasarkan skala 1,000 poin bagi mengesan bilangan masalah yang dihadapi untuk setiap 100 unit kenderaan (PP100).

Semakin rendah skor, bermakna semakin kurang masalah yang dihadapi.
 

Corolla


Untuk kategori pasaran massa, Kia menduduki tempat pertama dengan skor 145 PP100, diikuti oleh Buick (147 PP100), Hyundai (148 PP100), Toyota (158 PP100) dan Dodge (166 PP100).

Sementara kategori pasaran premium, Genesis mendahului Lexus (dengan skor 155 PP100, diikuti Porsche (162 PP100), Cadillac (168 PP100), dan Lincoln (180 PP100).

Sistem infotainmen merupakan antara masalah berbangkit yang diutarakan oleh pemilik, di mana mereka menghadapi isu berhubung sistem pengecaman suara terbina, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, Bluetooth, serta kekurangan slot pengecasan.
 

ux


Biarpun jenama Korea menguasai tangga teratas, Toyota (dan juga Lexus) masih lagi menjadi pilihan menerusi kategori kenderaan terbaik berdasarkan segmen.

Menurut J.D. Power, Toyota berjaya memenangi kategori kereta kompak (Toyota Corolla), pikap besar tugas ringan (Toyota Tundra), diikuti oleh crossover kecil premium (Lexus UX), SUV kompak premium (Lexus NX) dan SUV saiz pertengahan premium (Lexus RX).

Sumber: J.D. Power

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dapatan kajian menunjukkan purata industri ialah 186 PP100 dan lebih baik berbanding 2022…
Berita Global
Kajian yang memasuki tahun ke-32 itu mengukur bilangan masalah yang dihadapi untuk setiap 100 unit…
Berita Global
Menurut kajian terbaharu yang dijalankan oleh JD Power di bawah tajuk 2020 US Automotive Brand…