Kia K3 (Forte) pasaran China, beza memang berbeza!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apakah pasaran dengan saiz sebesar 27 juta kenderaan penumpang setahun mampu mempengaruhi sesebuah pengeluar?

Memang banyak termasuk rupa dan saiz tersendiri. Usahasama Kia Motors Corporation dan Dongfeng Yueda Kia Motots Co. (DYK) pada 16 April lalu di Pameran Kenderaan Shanghai 2019 telah melancarkan K3 atau Forte dengan reka bentuk tersendiri.

Forte generasi ketiga pertama kali dipertontonkan di Pameran Kenderaan Antarabangsa New York pada Januari 2018 dan pernah dibawa ke Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur pada November tahun yang sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia K3

 

Secara peribadi, wajah depan Forte generasi ketiga kurang ekspresif berbanding generasi pertama dahulu.

Berbeza dengan Forte atau K3 untuk pasaran China, ia tampil dengan wajah depan yang langsung berbeza dan tampak garang berbanding kembarnya di AS.

K3 ini direka dan dibangunkan dengan teknologi serta fungsi khusus untuk pasaran China dan menariknya turut ditawarkan dalam versi elektrik plug-in. 

Selain K3 dan K3 Plug-in Hybrid, DYK turut mempamerkan K3 CTCC yang dibina khusus untuk Kejuaraan Kereta Penumpang China.

 

Kia K3

 

Reka bentuk K3 yang berbeza dengan Forte pasaran AS ini bukan projek ringan, ia sebenarnya diselia oleh Oleg Son, Naib Presiden dan Ketua Kia Design, China.

K3 tampil dengan permukaan yang tajam, garisan tepat, lancar dalam menghasilkan satu reka bentuk kemas, moden selain daripada gril jelas menonjol dan berketrampilan di atas jalan raya.

Perincian K3 boleh dilihat pada gayaan lampu signatur 'degupan jantung' LED bahagian depan dan belakang kereta.

Dari segi kuasa, K3 ditawarkan dengan tiga nadi kuasa khusus bagi memenuhi citarasa unik dan keperluan pasaran China.

 

By Jengtingchen - Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=77124403
Oleh: Jengtingchen - Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=77124403


Terdapat tiga pilihan enjin iaitu 1.5 liter petrol dan 1.4 liter turbo T-GDI dan satu lagi ialah plug-in hibrid. 

Akhir sekali apa pendapat anda tentang K3 ini? Seperti yang dikongsi awal tadi, Naza Kia sudah pun mempertontonkan Forte pada KLIMS 2018 lalu dan masih belum dilancarkan lagi.

Perbandingan mudah ialah K3 lebih garang dan menonjol berbanding Forte pasaran Amerika Syarikat. Apa pun, reka bentuk adalah subjektif dan masing-masing mempunyai citarasa tersendiri bukan?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia Forte pasaran Amerika Syarikat
Kia Forte pasaran Amerika Syarikat

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…