Kia K5 tidak akan ke pasaran Eropah - CEO Kia Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Permintaan pasaran adakalanya mampu mengecewakan sesetengah peminat yang sudah pun menaruh harapan terhadap sesetengah model baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Contoh yang dibawakan adalah Kia K5/Kia Optima generasi baharu di mana menurut laporan daripada The Korean Car Blog, sedan saiz pertengahan tersebut tidak akan hadir untuk pasaran Eropah. 

Dalam satu temubual, CEO Kia Motors Eropah, Emilio Herrera berkata, mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjual Kia Optima/Kia K5 tanpa sebarang penjelasan lanjut. 
 


Namun, melihatkan kepada peningkatan trend masa kini yang lebih terarah kepada pemilikan SUV, sudah tentu sukar bagi Kia untuk meneruskan niat membawa masuk model ke dalam pasaran yang semakin mengecil. 

Ini kerana menurut data daripada JATO Dynamics, pasaran kereta penumpang saiz pertengahan hanyalah merangkumi 6.2 peratus daripada jumlah pendaftaran kenderaan baharu di EU dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2019. 

Sebagai perbandingan, segmen SUV menguasai 40.1 peratus daripada pasaran Eropah untuk tempoh yang sama. 
 


Kia Optima/K5 generasi baharu membawakan pelbagai ciri termaju dan tercanggih seperti kelengkapan Advanced Driver Assistance System (ADAS), lima mod pemanduan, serta variasi enjin yang lebih berkuasa (1.6 liter TGDi sehingga 2.5 liter TGDI).

Apatah lagi bahasa rekaan untuk model-model terbaharu Kia yang kini semakin menarik perhatian umum, jadi dengan berita ini sudah tentu bakal menyedihkan para peminatnya di Eropah. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Masih ingatkah anda gimik yang dilakukan oleh Proton Saga Knight ketika pengenalan model tersebut…
Berita Global
Samalah juga halnya dengan Kia, apabila mereka kini mengesahkan bahawa Kia Optima generasi baharu (…
Berita Global
Setelah berkongsi maklumat umum, Kia baru sahaja memberikan spesifikasi K5 yang terperinci dan ia…