Kia lancar Niro Plus - binaan khusus untuk kegunaan teksi, dimensi yang lebih besar

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu crossover Kia Niro telah pun menjengah pasaran dunia pada penghujung tahun yang lalu, di mana para pembeli boleh mendapatkan Niro dalam tiga 'perisa' yang berbeza, iaitu Niro Hybrid, Niro PHEV ataupun Niro EV.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Namun, Kia nampaknya masih lagi mahu menawarkan generasi pertama Kia Niro dalam bentuk kenderaan binaan khas (purpose built vehicle, PBV) dimulakan di pasaran Korea sebelum diperluaskan ke beberapa pasaran terpilih.
 

niro+


Di Korea, ia tidak lagi dihasilkan untuk kegunaan umum, akan tetapi versi elektrik sepenuhnya dihasilkan khusus untuk pengendali teksi tempatan

Menariknya, Kia Niro versi PBV (atau Niro Plus) ini hadir dalam dimensi yang lebih besar, di mana jarak antara roda bertambah sebanyak 10 mm, dan tinggi meningkat sebanyak 80 mm - untuk ruang kabin yang lebih luas.
 

niro+


Kia turut memasang tempat duduk dan kemasan panel pintu yang lebih nipis, serta meringkaskan susun atur papan pemuka dengan ciri All-in-One Display yang mampu merangkumkan segala fungsi seperti navigasi, aplikasi teksi, serta keupayaan untuk mencari lokasi pengecasan dalam satu paparan sahaja.

Kia Niro Plus juga bakal ditawarkan dalam versi bukan teksi, di mana seperti Niro generasi baharu, ia boleh didapati dalam versi hibrid, plug-in hybrid atau EV.
 

nito+


Menurut Kia, Niro Plus ini amat sesuai dan ideal untuk para pemilik perniagaan kecil, selain untuk mereka yang amat menggemari aktiviti luar pada hujung minggu.

Selain daripada Niro Plus, Kia juga sedang membangunkan beberapa buah model PBV yang membolehkan pengeluar itu menjadi peneraju pasaran menjelang tahun 2030.

Model pertama PBV yang khusus bakal muncul pada tahun 2025, di mana ia menggunakan platform berskala eS, diikuti dengan model bersaiz pertengahan untuk perkhidmatan seru-pandu, model bersaiz mikro untuk kegunaan robot penghantaran, robotaxi, dan PBV bersaiz besar untuk perkhidmatan ulang-alik dan penghantaran kargo.