Kia panggil kembali 109 ribu kenderaan, masalah skrin kluster digital terpadam

oleh Mohamad Hanif|
Kia Amerika Syarikat mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 108,936 unit kenderaan terdiri daripada model tahun 2023 seperti Niro Hybrid, Niro Plug-In Hybrid, Soul, Sportage, Sportage Hybrid, Sportage Plug-In Hybrid dan Telluride.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kesemua model tersebut mengalami masalah skrin kluster LCD 4.2 inci yang tidak berfungsi, disebabkan oleh gangguan bekalan sewaktu kenderaan sedang dihidupkan.

Masalah ini mampu mengakibatkan informasi penting seperti sistem pemantauan tekanan tayar dan mesej-mesej notifikasi lain sukar untuk dibaca oleh pemandu, seperti yang diperuntukkan dalam peraturan Federal Motor Vehicle Safety Standard (FMVSS) Amerika.

Setakat ini, tiada sebarang laporan kemalangan atau kecederaan berkaitan dengan isu yang dibangkitkan.
 

Kia


Isu ini dikesan buat pertama kali pada Februari 2023, dan sebulan selepas itu Kia telah mengesan 71 buah kenderaan yang terjejas, diikuti enam lagi pada pertengahan bulan April.

Para pemilik kenderaan yang terjejas akan dihubungi sendiri oleh Kia, di mana surat pemberitahuan akan dihantar bermula 26 Mei ini.

Juruteknik servis Kia akan mengemaskini perisian terbaharu untuk skrin kluster tersebut secara percuma, manakala pemilik yang sudah membayar kos pembaikan akan diberikan bayaran semula.

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengumuman tersebut dibuat bertujuan untuk mengemaskini perisian Autopilot untuk model kenderaan…
Berita Global
Ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh 142,150 trak pikap jenama Ram di Amerika Syarikat,…
Berita Global
Dalam laporan terbaharu daripada Reuters, agensi National Highway Traffic Safety Administration (…