Kia Picanto 2020 facelift dilancarkan di Korea Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Kia Picanto facelift atau lebih dikenali dengan nama Kia Morning di Korea Selatan telah pun selesai dilancarkan dengan beberapa perubahan yang dibawakan kepada hatchback cilik urban itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti model terdahulu yang didatangkan dalam tiga varian utama, Kia Picanto kini hanya ditawarkan dalam satu varian tunggal, iaitu varian Urban.

Dari segi luaran, Kia Picanto membawakan banyak elemen sporti yang terdapat pada varian GT Line terdahulu, dan ia melengkapi perubahan seperti rekaan gril hidung harimau yang direka semula, serta lampu utama dengan empat unit lampu nyalaan siang LED seakan Porsche Taycan.

 


Manakala rekaan bumper juga turut diberikan nafas baharu bagi menjadikan Kia Picanto ini lebih malar segar.

Sementara itu, unit lampu belakang turut menerima kemasan ala tiga dimensi, rekaan bumper yang didatangkan dengan reflektor melintang, serta saluran ekzos palsu.

Keempat-empat sudut tayar menerima opsyen rim rekaan baharu bersaiz dari 14 inci sehingga 16 inci, serta penawaran warna luaran baharu Honeybee yellow.

 


Memasuki ruang dalaman, perubahan yang dibawakan adalah bersifat kosmetik dengan penawaran trim dekoratif berwarna jingga, diikuti dengan penawaran sistem infotainmen bersaiz lapan inci serta paparan MID 4.2 inci berwarna di bahagian  hadapan pemandu.

Namun, Kia telah menambah sistem navigasi UVO berasaskan sambungan internet yang membawakan fungsi kawalan kenderaan dari jauh seperti mengunci kenderaan serta kawalan pendingin hawa menerusi peranti pintar, selain menyokong sistem kemaskini over-the air serta sambungan kepada pelbagai jenis peranti pintar.

 


Selain daripada itu, Kia Picanto juga turut hadir dengan penambahan ciri keselamatan yang dibawakan pada model terdahulu.

Jika sebelum ini Kia Picanto sudah pun hadir dengan ciri brek kecemasan autonomi, model facelift ini dilengkapi dengan kamera yang membenarkan fungsi seperti amaran keluar laluan serta bantuan pengekalan laluan di tengah - yang pertama seumpamanya di dalam segmen.

Tidak ketinggalan ciri seperti sistem pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang turut didatangkan pada Kia Picanto facelift.

 

 


Di Korea, pembeli Kia Picanto hanya ditawarkan dalam satu versi enjin sahaja, iaitu enjin tiga silinder 1.0 liter Smartstream G yang menghasilkan 76 PS @ 6,200 rpm dan daya kilas 95 Nm @ 3,750 rpm yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Menurut Kia, Picanto dengan enjin baharu ini mampu memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 6.4 liter untuk setiap 100 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Picanto yang berada dalam segmen A digemari pengguna UK dan sekarang ini model petrol baharu…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang dibocorkan oleh Autospy, Kia Picanto 2024 kini membawakan rekaan jeriji…
Berita Global
  Sekumpulan orang awam yang merangkumi enam orang dewasa telah dilihat cuba mengejar Kia Picanto…