Kia Picanto 2024 mendarat di Australia, varian Sport & GT-Line, dari RM57k

oleh Mohamad Hanif|
Kia Australia baharu sahaja melancarkan versi facelift bagi model hatchback segmen A, Kia Picanto 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat dua varian yang disediakan, iaitu Sport dan GT-Line.
 

KIA


Secara standard, kedua-dua varian hadir dengan nadi kuasa empat silinder sebaris 1.2 liter menghasilkan 83 hp dan 122 Nm, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan (ya, masih lagi wujud!) atau automatik empat kelajuan.

Selain itu, kereta kecil ini turut mendapat skrin infohibur LCD 8 inci, skrin kluster digital 4.2 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, rim bersaiz 14 inci, serta roda stereng balutan kulit.
 

KIA


Sementara varian GT-Line pula boleh dibezakan dengan penampilan yang lebih sporti (GT-Line Package), diikuti dengan rim bersaiz 16 inci, tempat duduk dan roda stereng yang lebih premium, unit lampu LED depan dan belakang berserta lampu nyalaan siang DRL LED.

Ciri keselamatan termasuklah sistem brek kecemasan automatik (AEB), amaran pelanggaran hadapan (FCW), bantuan kekal lorong (LKA), bantuan ikut lorong (LFA), bantuan pengelakan pelanggaran titik buta (BCA) dan lintasan trafik belakang (RCCA).
 

KIA


Harga jualan bermula dari AU$17,890 (RM56,652) untuk Picanto Sport versi manual, sementara varian GT-Line pula bermula dari AU$19,690 (RM62,352) hingga AU$21,290 (RM67,418) untuk versi automatik.