Kia Picanto dengan satu beg udara skor sifar bintang ujian Latin NCAP!

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu cara untuk menilai tahap keselamatan sesebuah kenderaan adalah menerusi ujian penilaian NCAP (New Car Assessment Program) yang dijalankan di mana setiap rantau mempunyai penilaian yang tersendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Latin NCAP merupakan salah sebuah daripada 'cawangan' NCAP yang terdapat di seluruh dunia di mana organisasi ini menguji tahap keselamatan kenderaan yang terjual di Amerika Latin.

Antara kenderaan terkini yang diuji oleh Latin NCAP adalah Kia Picanto versi facelift di mana hasil ujian tersebut nampaknya jauh menyimpang daripada imej yang dibawakan oleh Kia di seluruh dunia.

 


Nak tahu kenapa? Kia Picanto memperoleh sifar bintang dalam ujian Latin NCAP.

Sifar!

Bukanlah sebab struktur kenderaan itu sendiri, akan tetapi Kia Picanto yang dijual di negara tersebut nampaknya tidak mempunyai kelengkapan keselamatan standard.

 


Hanya mempunyai satu beg udara (itu pun sebelah pemandu!), tali pinggang keledar dan amaran tali pinggang lekedar sahaja, dan ciri lain seperti ABS, ESC, beg udara penumpang hadapan dan beg udara sisi hanya ditawarkan sebagai opsyen (opsyen, bukan standard!), itu pun untuk varian tertinggi sahaja.

Disebabkan itu, Picanto facelift tidak mendapat skor yang baik untuk perlindungan penumpang dewasa, terutama perlindungan impak hadapan dan sisi, serta perlindungan kecederaan whiplash.

 


Kia Picanto bukanlah kenderaan pertama yang memperoleh skor sifar bintang dalam Latin NCAP, malah sebelum ini beberapa kenderaan memperoleh skor serupa seperti Hyundai Accent (tiada beg udara), dan Chery Tiggo 3 (dengan dua beg udara).

Bayangkan di zaman moden, masih lagi ada kenderaan yang dijual tanpa kelengkapan keselamatan asas....

Berita Berkenaan

Berita Global
JAC merupakan jenama yang dilancarkan pada tahun 2018 dengan kerjasama diantara syarikat SEAT dan…
Berita Global
Keputusan yang diterima agak mengejutkan di mana kedua-dua model yang laris terjual itu sekadar…