Kia Picanto facelift 2020 dikesan!

oleh Mohamad Hanif|
Sedar tak sedar, sudah tiga tahun usia generasi ketiga Kia Picanto, kereta hatchback segmen A yang dihasilkan oleh Kia Motors, dan tidak menghairankan sekiranya Kia merancang model facelift untu kereta comel ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan daripada The Korean Car Blog, susuk luaran Kia Picanto tanpa sebarang pelekat samaran telah pun ditemui di Frankfurt, Jerman dan difahamkan sedang menjalani penggambaran iklan komersil di sana. 

Jika diimbas sekali lalu, Kia telah mendatangkan sedikit kemaskini terutama terhadap lampu utama serta gril hidung harimau yang kini dihiasi garisan merah melintangi bahagian tersebut. 

Perumah lampu kabus juga turut diubah manakala bukaan udara menegak di sudut kiri dan kanan juga telah berubah rekaannya. 

Keempat-empat sudut arca roda juga telah didatangkan dengan rekaan rim serba baharu dengan kemasan dua tona, dilihat sebagai tambahan kepada penawaran rim sedia ada. 
 

Kia Picanto GT-Line

Memandangkan ia  merupakan model facelift pertengahan kitaran, Kia berkemungkinan besar akan mengekalkan peranan enjin sedia ada, iaitu 1.2 liter empat silinder sebaris dengan 83 kuasa kuda dan 118 Nm, serta enjin 1.0 liter turbo tiga silinder sebaris dengan kuasa 99 hp dan 172 Nm. 

Setakat ini tiada sebarang tempoh masa yang ditetapkan oleh Kia untuk memperlihatkan model facelift Picanto ini melihatkan kepada keadaan global akibat penularan wabak coronavirus.