Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia hari ini telah memperkenalkan Kia Rio generasi keempat yang lebih moden, bergaya dan canggih.
Rekabentuk Kia Rio versi hatchback ini yang telah dikemaskini serta menawarkan praktikaliti sesuai untuk pemanduan di dalam bandar.
Harga yang ditawarkan adalah RM79,888 tanpa insurans. Dan untuk 50 pembeli pertama, mereka akan menerima pakej servis percuma (termasuk upah dan alatganti, tiga servis pertama).
Kia Rio terbaharu ini dikuasakan oleh enjin 1.4 MPI DOHC dengan D-CVVT. Ia turut dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan automatik. Tenaga yang dihasilkan ialah 100 PS dan 133 Nm.
"Kia Rio generasi ketiga telah diterima baik dan popular di kalangan rakyat Malaysia dengan rekabentuk, kualiti binaan yang baik, dan ciri dalaman yang lengkap," kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George.
Beliau turut menambah bahawa jualan Kia di Malaysia telah meningkat tahun ini sebanyak 14.4 peratus berbanding tahun lalu.
"Khidmat selepas jualan juga telah diperbaiki, menurut laporan JD Powers," tambah Samson.
Kia Rio generasi terbaharu ini juga telah memenangi anugerah iF Design Award 2017 dengan penampilan rekabentuk yang menarik dan merupakan model Kia yang paling laris di dunia.
Waranti ialah selama 5-tahun tanpa had perbatuan. Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu "clear white", "signal red", "smoke blue" dan "silky silver".
Spesifikasi Kia Rio generasi keempat;
- Lampu LED DRL bentuk "U"
- Lampu belakang LED
- Gril "Schreyer"
- Spoiler belakang
- Cermin sisi elektrik
- Bumbung suria
- Skrin LCD lima inci dengan fungsi Bluetooth
- Rim aloi 17 inci
- Pendingin hawa automatik
- Ruang but 325L
Ciri keselamatan termasuk:
- Enam beg udara
- Vehicle Stability Assist (ESC)
- Kerangka Advanced High Strength Steel
- Bantuan mula mendaki (Hill start assist control)
- Pengesan hujan automatik
- Safety window
- Rear parking sensor dengan kamera undur belakang
- Anti-Lock brake system
- Isofix
Untuk mereka yang inginkan sebuah kenderaan kompak yang penuh dengan ciri-ciri keselamatan dan tampil bergaya mengalahkan jenama Eropah, cuba lawati mana-mana dewan pameran Kia sekarang!