Kia Seltos 2023 facelift didedahkan - SUV dengan rupa paras lebih moden

oleh Mohamad Hanif|
Untuk mereka yang tidak mengikut perkembangan semasa, Kia Seltos merupakan sebuah SUV yang dikategorikan dalam segmen B dan muncul kali pertama pada tahun 2019 sebelum dibawa masuk secara rasmi di Malaysia pada tahun 2020 (dan senyap begitu sahaja).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah beberapa tahun di pasaran global, Kia akhirnya mendedahkan kemaskini berbentuk facelift untuk SUV segmen B tersebut, menampilkan rupa paras yang lebih malar segar dan selari dengan imej moden kenderaan Kia masa kini.

Dari segi bentuk secara keseluruhan memang tidak banyak yang berubah, melainkan grafik lampu nyalaan siang DRL yang disambungkan terus dengan jalur LED di bahagian gril hadapan.
 

Seltos


Rekaan bampar juga turut dikemaskini dengan liang bukaan yang lebih ringkas, serta kehadiran skid plate ala aluminium.

Selain daripada rim rekaan baharu, Kia turut mendatangkan perubahan yang ketara di belakang, di mana unit lampu kini dihubungkan dengan jalur LED yang lebih moden menggantikan trim krom pada model terdahulu.

Sementara bampar belakang juga telah didatangkan dengan lampu tambahan terbina, serta skid plate yang melengkapkan lagi rupa paras SUV ini.
 

Seltos


Memasuki ruang kabin, Kia Seltos facelift membawakan gandingan skrin kluster digital 10.25 inci, skrin infotainmen 10.25 inci, gugusan butang fungsi baharu pada konsol tengah, sistem pencahayaan ambien dan tombol pemilihan gear berbentuk rotari yang jauh lebih moden.

Difahamkan Kia Seltos akan didedahkan secara rasmi pada acara Busan Motor Show 2022 15 Julai ini, di mana lebih banyak perincian spesifikasi akan diumumkan pada masa yang sama.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Kia Carnival versi facelift itu kini membawakan muka…