Kia siar gambar teaser SUV Sonet, pelancaran di India 7 Ogos

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun lalu, Kia telah memperlihatkan sebuah lagi model SUV kecil (di dalam segmen A), iaitu Kia Sonet Concept pada acara Delhi Auto Expo 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Setelah beberapa bulan, Kia akhirnya bersedia untuk melancarkan secara rasmi model SUV Sonet menerusi satu gambar teaser rasmi yang diterbitkan baru-baru ini.

Berdasarkan gambar lakaran tersebut, imej luaran Kia Sonet tidak begitu lari jauh daripada model Kia Sonet Concept, membawakan rekaan gril hidung  harimau, jaring gril geometrik tiga dimensi, dan lampu nyalaan siang LED berbentuk unik.

 


Dari segi dimensi, Kia Sonet berukuran di bawah empat meter, dan bakal memberikan saingan kepada model-model SUV segmen A di India seperti Hyundai Venue, dan Nissan Magnite yang diperlihatkan baru-baru ini.

Berdasarkan spesifikasi awalan, ia bakal disasarkan kepada golongan muda seperti penawaran sistem infotainmen dengan skrin besar (10.25 inci), teknologi sambungan UVO, sistem audio Bose dan tingkap suria.

 


Malah, dalam beberapa laporan terdahulu, Kia bakal menawarkan pilihan enjin 1.2 liter dengan transmisi manual, enjin turbo 1.0 liter dengan transmisi iMT tanpa klac atau DCT, serta pilihan enjin diesel 1.5 liter dengan transmisi manual dan automatik.

Pelancaran rasmi di peringkat global bakal berlangsung pada 7 Ogos ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kia Sonet tidak banyak membawakan perbezaan seperti model konsep yang diperlihatkan sebelum ini,…
Berita Global
  Penawaran Sonet menunjukkan persaingan SUV akan datang ialah dalam segmen A yang kini diisi '…