Kia Sonet concept, SUV segmen A bakal dilancarkan tahun ini

oleh Muhammad Md Tajudin|
Selepas melancarkan Seltos dan mengumumkan Sorento baharu, Kia kembali dengan sebuah lagi SUV dikenali sebagai Sonet. SUV itu berada dalam segmen A dan dipertontonkan buat kali pertama di India.

Secara turutan, tawaran SUV global Kia hampir lengkap dari Sorento, Seltos dan Sonet. Cuma Sportage belum ada khabar berita mengenai penggantinya yang kini memasuki tahun kelima di pasaran.

Model konsep Sonet adalah pratonton kepada produk ketiga yang ditawarkan Kia Motors untuk pasaran India. Negara itu merupakan pasaran istimewa untuk Kia selepas kemunculan global pertama (debut) Seltos termasuk pembinaan kilang baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Sonet Concept.01

 

Penawaran Sonet menunjukkan persaingan SUV akan datang ialah dalam segmen A yang kini diisi 'sepupunya' Hyundai Venue, Nissan Juke dan Ford EcoSport. Toyota juga mengumumkan SUV segmen A yang bakal dibina menggunakan platform Toyota Yaris.

Dari segi reka bentuk, Sonet berukuran di bawah empat meter tampil maskulin dengan badan bersegi dan berlekuk. Bahagian depan seperti biasa menggunakan gril hidung harimau dan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk garis mata juga dari harimau.

Bahagian kabin dilengkapi skrin infohibur 10.25 inci dengan sistem navigasi dan UVO Connect, sistem audio premium Bose dan menurut Kia, ruang dalaman mempunyai saiz terbaik di dalam kelas termasuk ciri-ciri khusus untuk pelanggan di India.

 

Kia Sonet Concept.01

 

Berkenaan enjin, tiada maklumat rasmi dan jika Hyundai Venue dibuat rujukan model itu ditawarkan dengan 1.2L, 1.0L petrol turbo dan 1.5L diesel turbo.

Kia Sonet bakal dilancarkan di India pada penggal kedua tahun ini dan tidak dapat dipastikan negara mana bakal menyusul selepas itu. Anda berminat jika dipasarkan di negara kita?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kia Sonet tidak banyak membawakan perbezaan seperti model konsep yang diperlihatkan sebelum ini,…
Berita Global
Setelah beberapa bulan, Kia akhirnya bersedia untuk melancarkan secara rasmi model SUV Sonet…