Kia Sorento 2023 rasmi dilancarkan - 3 varian, 2 pilihan enjin, harga bermula dari RM211,498

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, anak syarikat Bermaz Auto Alliance sebentar tadi baru sahaja selesai melancarkan Kia Sorento 2023 serba baharu untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Generasi keempat Kia Sorento telah membuat kemunculan secara global pada tahun 2020 dan kini, SUV dari jenama Korea itu rasmi ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Kia Sorento 2023 didatangkan dengan 3 varian dan 2 pilihan enjin iaitu enjin  2.5L ‘Smartstream’ (177 HP/232 Nm) dan enjin 2.2L ‘Smartstream’ diesel (199 HP/440 Nm).

Kuasa yang dihasilkan enjin diesel itu dimanfaatkan dari pengunaan blok aluminium yang dimana ia lebih ringan sebanyak 38.2 kg berbanding generasi terdahulunya.

 

2

 

Ia juga ditawarkan dengan 2 jenis susunan tempat duduk mengikut varian, bermula dengan varian 2.5L 2WD 7-seater, varian 2.5L AWD 6-seater dan varian 2.2L Diesel AWD 6-seater.

Untuk varian dengan enjin petrol ia akan dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan, manakala varian dengan enjin diesel akan menerima transmisi 8 kelajuan double-clutch transmission (8DCT) baharu.

Varian 2.2L diesel ‘Smartstream’ AWD serba baharu juga menampilkan ‘Terrain Mode’ yang meningkatkan daya tarikan, kestabilan dan kawalan pada lumpur, salji dan pasir dengan menukar mod melalui dail pada konsol tengah

Sistem tersebut secara automatik mengoptimumkan pacuan untuk disesuaikan dengan setiap permukaan, melaraskan output tork enjin dan pengedaran serta ciri kawalan kestabilan.

 

3

 

Kia Sorento 2023 membawakan bahasa rekaan Kia yang terkini, dengan unit lampu utama yang lebih tajam, rekaan muncung hidung harimau yang moden.

Sementara unit lampu belakang menegak dan terpisah itu pula mengingatkan kita kepada rekaan yang terdapat pada Hyundai Palisade.

Generasi keempat Sorento kini memiliki dimensi 4,810 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,700 mm tinggi dan 2,815 mm jarak roda, sememangnya generasi baharu itu kini kelihatan lebih besar berbanding generasi terdahulunya.

Pada bahagian dalaman, ia kini terbina dengan rangkaian teknologi yang luas oleh Kia, bermula dengan sistem Mood Lighting dimana ia menghasilkan pencahayaan ambien yang lembut dari bawah papan pemuka dan kemasan pintu.

 

4

 

Sorento baharu itu turut dilengkapi pengecas telefon pintar tanpa wayar terletak di bahagian bawah konsol tengah, manakala sistem bunyi sekeliling BOSE® menyediakan pengalaman audio dalam kereta yang lebih mengasyikkan.

Untuk skrin infotainment, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.25 inci yang disambung bersebelahan dengan skrin kluster instrumen bersaiz 12.3 inci.

Sistem infotainment juga turut dilengkapi dengan fungsi Apple Carplay dan Android Auto serta sambungan Bluetooth sehingga 2 telefon pintar pada satu masa.

Dari segi keselamatan, Kia Sorento 2023 akan didatangkan standard dengan fungsi ciri keselamatan seperti 6 beg udara SRS (Pemandu & Penumpang Depan, Sisi dan Langsir), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Electronic Brake-Force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS).

 

4

 

Selain itu, ia turut didatangkan standard dengan Multi-Collision Brake Control (MCB), Hill-start Assist Control (HAC), ISOFIX Child Restraint Anchor Points dan Top Tethers.

Khusus untuk varian 2.5L AWD 6-seater dan varian 2.2L Diesel AWD 6-seater pula, ia akan didatangkan dengan High Beam Assist (HBA), Blind-Spot Collision Warning (BCW),  Blind-spot Collision Avoidance (BCA) dan Blind-spot View Monitor (BVM).

Serta bantuan keselamatan Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA), Lane Keeping Assist (LKA) , Drive Attention Warning (DAW), Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Lane Following Assist (LFA) dan Smart Cruise Control (fungsi henti-mula)

Kia Sorento 2023 juga didatangkan dengan pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang pemasangan Inokom terletak di Kulim, Kedah.

 

5

 

Sorento serba baharu itu akan ditawarkan dengan 5 pilihan warna iaitu Astra Blue, Meteor Grey, Snowflake White Pearl, Sonic Silver dan Jet Black.

Untuk pasaran Malaysia Kia Sorento 2023 akan ditawarkan bermula dari RM211,498 untuk varian 2.5L 2WD 7-seater, RM235,498 untuk varian 2.5L AWD 6-seater dan RM255.228 untuk varian tertingginya iaitu 2.2L Diesel AWD 6-seater.

Harga yang ditawarkan itu juga termasuk dengan Waranti Pengeluar 5 Tahun bersama tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan 100,000km, yang mana terdahulu.

Ia juga didatangkan dengan Penyelenggaraan Berjadual Percuma 5 Tahun, dengan tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan 100,000km, yang mana terdahulu.