Kia Stinger Scorpion Special Edition 2022 tampil agresif, khusus untuk US sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran Amerika Syarikat sedikit meriah minggu ini dengan pelancaran model-model baharu serta pengenalan model khas seperti yang dilakukan oleh Kia baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini dia, Kia Stinger Scorpion Special Edition 2022 - model sedan sports edisi terhad yang hanya ditawarkan khusus untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

 


Kia telah melengkapkan Stinger Scorpion Special Edition ini dengan garnish fender berwarna hitam, diikuti perumah cermin sisi, rim unik bersaiz 19 inci hitam serta tip ekzos yang turut digelapkan.

Tidak ketinggalan, bahagian belakang turut menampilkan spoiler belakang yang mengikut warna badan sama ada dalam warna White Pearl, Aurora Black atau Ceramic Silver.

 


Sementara ruang kabin pula menampilkan upholsteri kulit hitam atau Nappa merah, serta penambahan aksen baharu daripada gentian karbon.

Kia Stinger Scorpion Special Edition 2022 ini hanya ditawarkan sebanyak 250 unit sahaja untuk setiap bulan dan boleh didapati dalam versi GT2 pacuan roda belakang dan pacuan semua roda.

 


Harga jualan pula bermula dari $52,585 (RM216,992) untuk versi RWD atau $54,785 (RM226,070) untuk versi AWD.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini terdapat laporan dari Korea mengatakan bahawa Kia Stinger bakal mendapat pengganti…
Berita Global
Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di…
Berita Global
Hanya 1,000 unit sahaja Kia Stinger Tribute Edition yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan…