Kia Stonic 2026, 1.0L T-GDI biasa atau MHEV, rupa depan menyerlah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Stonic 2026
Kia Stonic 2026
Kia memperkenalkan Stonic baharu yang tampil dengan reka bentuk lebih berani, kemasan dalaman dipertingkat, ciri keterhubungan moden serta rangkaian kuasa versatil.

Stonic baharu berukuran panjang keseluruhan 4,165 mm, lebar 1,760 mm, tinggi 1,520 mm termasuk rel bumbung dan jarak roda 2,580 mm.

Jarak kelegaan tanah 165 mm atau sehingga 183 mm bergantung spesifikasi.

Di bahagian dalaman, ruang kaki depan berukuran 1,070 mm manakala ruang kaki belakang 850 mm.

Ruang kepala depan ialah 996 mm dan belakang 975 mm. Lebar bahu pula masing-masing 1,375 mm di depan dan 1,355 mm di belakang.

Ruang but maksimum yang ditawarkan ialah 352 liter, menjadikannya praktikal untuk penggunaan harian.

Rangkaian Kuasa

 

Kia Stonic 2026

 

Stonic menggunakan enjin 1.0 liter T-GDI (998 cc) dengan dua pilihan, iaitu petrol biasa (ICE) dan Mild Hybrid Electric Vehicle (MHEV).

  • Varian petrol ICE menghasilkan kuasa 100 ps dengan tork 172Nm. Ia dipadankan dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau dwi-klac automatik 7-kelajuan.
  • Kelajuan maksimum 179 km/j dengan pecutan 0-100 km/j dalam 11.0 saat (manual) atau 12.1 saat (dwi-klac).
  • Varian MHEV menghasilkan dua tahap kuasa iaitu 100 ps dan 115 ps.
  • Untuk versi 100 ps, daya kilas dihasilkan 172Nm dan padanan transmisi manual atau dwi-klac dengan kelajuan maksimum 179 km/j.
  • Pecutan 0-100 km/j 11.0 saat (manual) dan 12.1 saat (dwi-klac). 
  • Untuk versi 115 ps, tork meningkat kepada 200Nm dengan transmisi manual atau dwi-klac.
  • Kelajuan maksimum 182 km/j dengan pecutan 0-100 km/j masing-masing 10.7 saat (manual) dan 10.8 saat (dwi-klac).

Reka Bentuk Luaran

 

Kia Stonic 2026

 

Stonic baharu mengikut falsafah reka bentuk Opposites United dengan penampilan lebih moden.

Rupa depan menerima kemasan baharu termasuk lampu signatur Star Map dan bampar depan yang direka semula dan secara keseluruhan selari dengan model-model terbaru Kia.

Bahagian belakang turut dipertingkat dengan pintu but baharu, rekaan lampu belakang yang lebih moden dan bampar dengan garis lebih kemas.

Reka bentuk rim baharu ditawarkan dalam saiz 16 dan 17 inci dengan rekaan eksklusif 17 inci untuk varian GT-Line.

Dua warna baharu turut diperkenalkan iaitu Adventurous Green dan Yacht Blue.

Reka Bentuk Dalaman

 

Kia Stonic 2026

 

Bahagian dalaman menggunakan susun atur dwi-paparan panoramik bersaiz 12.3 inci yang menggabungkan kluster digital penuh dan sistem maklumat hibur.

Panel kawalan Multimode Touch Display menggantikan suis fizikal penghawa dingin dengan antaramuka sentuhan yang boleh bertukar antara kawalan iklim dan maklumat hibur.

Kemas kini lain termasuk stereng baharu untuk semua varian, tombol gear direka semula, papan pemuka dikemas kini serta konsol tengah baharu.

Kemudahan tambahan merangkumi port pengecasan pantas USB-C, pengecas telefon pintar tanpa wayar dan pencahayaan ambien.

 

Kia Stonic 2026

 

Keterhubungan

Stonic dilengkapi Kia Connect yang menawarkan perkhidmatan berasaskan awan, diagnostik kenderaan masa nyata serta kawalan jarak jauh melalui aplikasi Kia.

Ciri Kunci Digital membolehkan pemandu membuka kunci dan menghidupkan enjin menggunakan telefon pintar atau jam pintar.

Sistem Keselamatan

 

Kia Stonic 2026

 

SUV ini dilengkapi pakej sistem bantuan pemandu (ADAS) yang menyeluruh dalam kelasnya.

Antara ciri utama:

  • Blind-spot Collision Avoidance Assist (BCA) dengan Safe Exit Warning (SEW) untuk mengelak pelanggaran ketika menukar lorong atau mengundur serta memberi amaran kepada penumpang apabila pintu hendak dibuka.
  • Forward Collision-Avoidance Assist 1.5 (FCA 1.5) yang mengesan potensi bahaya di hadapan dan membantu mengelak atau mengurangkan impak pelanggaran.
  • Smart Cruise Control berasaskan navigasi yang melaras kelajuan ketika menghampiri selekoh.
  • Highway Driving Assist (HDA) dan Lane Following Assist (LFA) yang mengekalkan jarak selamat daripada kenderaan di hadapan sambil memastikan Stonic kekal di tengah lorong ketika pemanduan lebuh raya.

Untuk makluman, pasaran Stonic sebelum ini tertumpu di Korea, Eropah dan China yang bermakna tiada di rantau Asia Tenggara kecuali negara tertentu seperti Singapura.

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan Luar Lebih Segar Dari segi penampilan, Stonic facelift menerima beberapa perubahan ketara…
Berita Global
Terbaru di United Kingdom (UK), Kia memperkenalkan edisi istimewa Stonic Quantum dan diletakkan di…
Berita Global
Kia Stonic standard SUV itu digerakkan oleh enjin kecil 1.0 liter T-GDi berkuasa 118bhp dengan…