Kiamat industri automotif - lebih 80 ribu tenaga pekerja bakal terjejas!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun-tahun yang mendatang bakal memberikan kesukaran kepada tenaga kerja terutama di dalam bidang automotif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana perubahan trend di dalam teknologi automotif memaksa para pengeluar menghentikan kira-kira 80,000 pekerja menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg News. 

Minggu lalu sahaja, pengeluar automotif Jerman, Daimler dan Audi masing-masing mengumumkan pemberhentian kira-kira 20,000 tenaga pekerja akibat kadar jualan yang semakin menurun serta peningkatan terhadap kos penghasilan kenderaan elektrik. 

Daimler dan Audi merupakan 'rakan baharu' yang menyertai pengeluar automotif seperti General Motors, Ford dan Nissan yang turut sama mengumumkan perkara yang sama tahun ini. 

Malah, syarikat kenderaan elektrik dari China, NIO juga turut mengumumkan pembuangan lebih daripada 2,000 tenaga pekerja pada September lalu setelah kerugian beberapa bilion dollar Amerika. 

Isu Brexit, kemunculan aplikasi perkongsian kenderaan serta peperangan tarif antara Amerika Syarikat dan China juga turut menyumbang kepada kenaikan harga komponen kenderaan sekaligus memberikan kesan kepada penjualan kenderaan. 

Pengeluar automotif juga kini menumpukan perhatian kepada produksi kenderaan elektrik. 

Seperti contoh, Audi dilaporkan mahu menjimatkan kira-kira $6.65 billionn (RM27.73 billion) menerusi pemberhentian 9,500 orang pekerja, dan wang tersebut boleh dilaburkan di dalam pembangunan kenderaan elektrik.

Sumber: Automotive News
Sumber Gambar: NBC News

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Untuk mempromosikan pelaburan automotif ke dalam negara pula, India memberikan insentif cukai dan…
Berita Domestik
Majlis tandatangan itu telah berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (…
Berita Domestik
Terletak di Sime Darby Motors City, akademi tersebut akan menjadi peneraju penting bagi usaha Sime…