Menurut laporan SCMP.com, kilang itu bakal beroperasi dalam masa kurang dari dua tahun.
Menurut Stella Li, naib presiden BYD Global, mereka lebih berminat untuk membeli sumber-sumber yang sudah ada di dalam pasaran dan yang lebih mampu tetapi harganya perlu kompetitif.
"Dalam masa yang sama, BYD mahu operasi perlombangannya sendiri di Brazil," ujar Li kepada SCMP.
Syarikat automotif berpusu-pusu untuk ke wilayah Amerika Latin kerana mahu mengawal sumber mineral di sana yang diperlukan untuk pembangunan EV.
Conothnya, Stellantis sudah meningkatkan pelaburan mereka untuk lombong tembaga di Argentina dan Ford Motor pula baharu memeterai perjanjian dengan pengeluar lithium dari Chile.
BYD akan melabur sejumlah US$594 juta untuk membina kilang EV pertama mereka di luar Asia di kawasan timur laut Brazil. Kilang tersebut akan turut mempunyai kemudahan R&D untuk teknologi enjin hibrid menggunakan "flex-fuel".
Untuk laporan penuh, lawati pautan ini.