Kilang Honda di UK dijual ke syarikat logistik

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda akhirnya bersetuju untuk menjual kilang pemasangan kenderaanya di Swindon, UK kepada sebuah syarikat logistik, Panattoni.

Honda sebenarnya sudah mengumumkan penutupan kilang itu sejak tahun 2019 lagi kerana mahu menumpukan fokus ke pasaran-pasaran yang lebih aktif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jenama Jepun itu menghasilkan lebih kurang 150,000 unit kenderaan di Swindon, termasuk Honda Civic Type-R. Penutupan kilang itu akan menyebabkan 3,500 orang kehilangan pekerjaan.

Pemasangan model legenda Civic Type-R akan berpindah ke beberapa lokasi lain, termasuk di US dan kemungkinan besar di negara Eropah yang lain.

Panattoni pula berkata ia akan membuat pelaburan sebanyak US$965 juta di tapak kilang Honda itu.

Tindakan gergasi logistik itu seperti menyahut keputusan Sony dan Panasonic untuk memindahkan ibupejabat Eropah mereka dari Kesatuan Eropah ke Britain.

* Laporan lengkap di Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…