Kilang Nissan Yokohama hasilkan 40 juta enjin, lokasi pemasangan VR38DETT Nissan GT-R

oleh Muhammad Md Tajudin|
Enjin VR38DETT Nissan GT-R NISMO 2024
Enjin VR38DETT Nissan GT-R NISMO 2024
Nissan ditubuhkan pada 1933 dan dua tahun selepas itu Kilang Yokohoma mula beroperasi.

Melalui tempoh yang panjang tahukah anda berapa jumlah pengeluaran enjin di sana?

40 juta unit! Pencapaian itu lebih istimewa pada masa Nissan meraikan ulang tahun ke-90.

Dari segi sejarah, pengeluaran enjin ke-10 juta dicapai pada 1976, 20 juta pada 1986 dan 30 juta pada 1997.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Yokohama Plant

 

Kilang Yokohama juga tempat lahir pelbagai enjin ikonik Nissan. Di antaranya L20ET tahun 1979 yang merupakan enjin turbo pertama untuk kereta penumpang buatan Jepun.

Enjin VG yang dikeluarkan pada 1983 pula mencatat sejarah sebagai enjin V6 keluaran massa pertama dari Jepun.

Kilang Yokohama sekarang ini mengeluarkan enjin VR38DETT yang digunakan pada model popular Nissan GT-R.

Sebagai enjin berprestasi tinggi, VR38DETT dipasang dengan tangan oleh pekerja berkemahiran tinggi atau dipanggil takumi master craftspeople.

 

Enjin VR38DETT Nissan GT-R NISMO 2024

 

Kilang itu juga mengeluarkan enjin VC Turbo sejak 2007 dan enjin keluaran massa pertama di dunia yang menggunakan teknologi nisbah mampatan boleh ubah.

Berusia puluhan tahun, Kilang Yokohama turut berubah mengikut peredaran teknologi.

Sejak Nissan LEAF dilancarkan pada 2010, Kilang Yokohama mengeluarkan motor elektrik yang juga digunakan pada kenderaan e-POWER seperti Nissan Note.

Pada tahun fiskal 2022, motor elektrik mewakili 40 peratus pengeluaran Kilang Yokohama.

 

Nissan LEAF 2010

 

Menghampiri sambutan ulang tahun ke-90, Kilang Yokohama akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan teknologi pengeluaran canggih Nissan.

Selain motor dan enjin, Kilang Yokohama dijadikan kilang perintis bagi pembangunan teknologi pengeluaran rangkaian kuasa yang akan digunakan di peringkat dunia.

Tahun 2025 akan menyaksikan barisan pengeluaran perintis dibina di Kilang Yokohoma bagi membangunkan bateri keadaan pepejal penuh (all-solid-state).

 

Nissan GT-R T-spec 2024

 

Pemakluman itu juga bermakna Nissan berada dalam landasan tepat untuk menggunakan bateri keadaan pepejal penuh.

Apa faedahnya? 

  • Ketumpatan tenaga dua kali ganda berbanding bateri litium-ion
  • Tempoh pengecasan jauh lebih pendek susulan prestasi cas dan pengecasan yang cemerlang
  • Kos lebih rendah dengan penggunaan bahan lebih murah

Nissan berhasrat untuk menggunakan bateri keadaan pepejal penuh di dalam pelbagai segmen termasuk pikap.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan ASSB 2022

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…