Kilang Ridgeville US jadi fasiliti produksi EV pertama Volvo

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah jenama yang sedang perlahan-lahan beralih kepada penggunaan trenkuasa elektrik, Volvo baru-baru ini mengumumkan kilang di Ridgeville, South Carolina bakal menjadi kilang produksi kenderaan elektrik sepenuhnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bercakap kepada Automotive News, CEO Volvo Håkan Samuelsson mengesahkan kilang di Amerika Syarikat itu bakal bertukar status sebagai kilang EV sahaja.

Pada ketika ini, fasiliti tersebut hanya memasang model S60 manakala model Polestar 3 pula bakal menyusul tahun hadapan.

 


Model Polestar 3 merupakan sebuah SUV elektrik 'yang aerodinamik' dibangunkan atas platform khusus, mempunyai sistem infotainmen berasaskan Android, serta ciri pemanduan autonomi berteknologi tinggi yang memfokuskan kepada keselamatan.

Selain daripada itu, Volvo juga turut mengesahkan kilang itu akan memasang generasi baharu Volvo XC90 sekitar tahun hadapan, diikuti oleh model XC60.

Volvo kini mengadaptasi strategi 'bina di mana anda menjual' di mana menurut Javier Varela selaku ketua unit Operasi Industri dan Kualiti, "kami tidak bertujuan untuk membina sebuah hab super untuk tujuan eksport, sebaliknya sebuah fasiliti yang mampu memenuhi pasaran ini, dan kemudian berkeupayaan untuk membantu pasaran lain.

Menurut pakar analisis industri, strategi tersebut adalah lebih menguntungkan untuk EV di mana ia mengurangkan keperluan mengeksport kenderaan ke luar, selain membantu syarikat mengelakkan cukai yang tidak menguntungkan.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Today Online, fasiliti baharu Hyundai itu juga bakal menempatkan kilang…
Berita Global
Menurut laporan dari Reuters, Toyota dan FAW Group bakal melaburkan kira-kira 8.5 billion yuan atau…
Berita Global
Teknologi penapisan udara bukanlah suatu ciri baharu di dalam kereta anda, memandangkan beberapa…