Kilang semikonduktor Bosch bernilai RM1.62 billion paling maju di Asia dibuka di Pulau Pinang

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pembekal global terkemuka bagi teknologi dan perkhidmatan, Bosch pada Isnin lepas telah membuka salah satu tapak pengeluaran back-end bagi semikonduktor yang paling maju di Asia di Pulau Pinang untuk pengujian akhir cip dan sensor automotifnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bosch dikatakan berhasrat untuk melabur kira-kira 350 juta EUR (RM1.62 bilion) bagi tapak pengeluaran itu sehingga pertengahan tahun 2030-an.

 

2

 

Pembukaan itu sekaligus terus memperkukuh perniagaan semikonduktor dan jejak pembuatan Bosch secara sistematik untuk memenuhi permintaan cip global.

Pengeluaran semikonduktor pada asasnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pengeluaran front-end dan back-end.

 

3

 

Dengan keluasan tanah 100,000 meter persegi, kemudahan di Pulau Pinang itu adalah yang pertama seumpamanya bagi Bosch di rantau Asia Tenggara.

Ia akan menumpukan terutamanya kepada pengeluaran back-end iaitu pengujian akhir bagi cip yang dikeluarkan di kilang Bosch di Dresden, Jerman.

 

4

 

Tapak baharu itu meliputi kawasan sekitar 18,000 meter persegi yang merangkumi bilik bersih, ruang pejabat dan makmal Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk sehingga 400 tenaga kerja menjelang tahun 2030.

Menurut laporan tempatan, Malaysia adalah salah satu daripada 10 pengeluar produk semikonduktor dan elektronik terbesar di dunia, yang menyumbang kira- kira tujuh peratus daripada perdagangan semikonduktor dunia.

 

6

 

Dengan penambahan tapak pengeluaran back-end termaju di Asia Tenggara, Bosch sedang melengkapkan rantaian proses dalamannya terutamanya untuk semikonduktor yang dikeluarkan di Dresden, Jerman.

Bosch kini melaksanakan sebahagian besar pengujian akhir buat semikonduktor di Reutlingen, Jerman, Suzhou, China, Hatvan, Hungary, serta Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program tersebut telah diadakan di MISAR Academy bertempat di Kuala Lumpur, di mana ianya telah…
Berita Domestik
Projek itu meliputi pengubahsuaian perpustakaan dengan reka bentuk dalaman, perabot baharu, dan…
Berita Domestik
Bersempena dengan acara berprestij itu, Bosch telah mengadakan satu peraduan iaitu #BoschJaguhBola…