Kilang Tesla tak jadi - bukan Thailand sahaja, Malaysia pun sama

oleh Firdaus Razani|
Malaysia turut terkesan dengan keputusan Tesla yang kini hangat dilaporkan menghentikan rancangan pembinaan kilang syarikat itu di rantau Asia Tenggara.

Menurut sumber, Tesla pada masa ini hanya membincangkan mengenai stesen pengecasan, dengan rancangan penubuhan kilang kebanyakkan ditunda di seluruh dunia.

Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia, atau di mana-mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman.

Perkara itu difahamkan bahawa pasukan eksekutif Tesla yang mengetuai usaha syarikat itu ke Asia Tenggara tahun lepas telah dibubarkan.

Pada Julai tahun lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaburan berskala besar daripada Tesla.

Ia juga salah satu usaha niaga teknologi tinggi Elon Musk yang lain, seperti SpaceX, di Malaysia, yang menurut Anwar akan mewujudkan puluhan ribu pekerjaan bernilai tinggi.

Anwar juga berkata Tesla akan menubuhkan ibu pejabatnya di Malaysia, serta pusat perkhidmatan, di Selangor.

Menteri besar Selangor Amirudin Shari berkata daerah Petaling dan Sepang telah bersedia untuk memudahkan dan menyelaraskan proses kemasukan pelaburan.

Beliau berharap pelaburan Tesla di Malaysia akan menggalakkan lebih banyak syarikat teknologi bateri antarabangsa untuk melabur di negeri itu.

 

SUMBER : FreeMalaysiaToday

Berita Berkenaan

Pelancaran
  Pertama kali diperkenalkan di China pada Jun 2025, tidak sampai setahun kemudian model ini…
Berita Domestik
Model 3 Standard Kini Ditawarkan Sebagai Varian Paling Mampu Milik Model 3 Standard disenaraikan…
Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…