Kilang Trak dan Lori bakal dibuka di Bagan Datuk? - Lebih 4,000 peluang pekerjaan tersedia!

oleh Afandi Che Muhamad|
Berita baik untuk penduduk di Bagan Datuk, Perak! Sebuah kilang pemasangan trak dan lori bakal dibuka tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Memetik laporan Astro Awani semalam, golongan belia di sekitar daerah tersebut tidak perlu berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mencari pekerjaan berikutan kewujudan kilang berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan anak jati Bagan Datuk berkata, pembinaan kilang tersebut bakal membuka lebih 4,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Persetujuan sudah dicapai, syarikat berkenaan kini sedang ligat melaburkan modal bagi tujuan pembinaan kilang yang terletak di ladang kelapa sawit berdekatan Jambatan Bagan Datuk.

“Saya sendiri akan terlibat dalam membawa pelabur luar untuk kilang ini. Sebanyak 400 ekar tanah bakal dibeli bagi tujuan tersebut,” katanya.

Justeru, Ahmad Zahid memohon golongan muda di daerah itu untuk merebut peluang berkenaan.

Jelasnya, keutamaan khusus diberikan kepada anak-anak kelahiran Bagan Datuk.

Tambah Ahmad Zahid lagi, pihaknya kini sedang dalam perancangan untuk mewujudkan kursus bidang automobil atau bidang pembuatan kenderaan di kolej komuniti berdekatan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Fasa 2 SUKE melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 km bermula dari Sri Petaling, Lebuhraya…
Pelancaran
Pusat 3S baharu yang beralamat di Wisma Yusmanida, Lot 28808, Persiaran E1/1, Seri Pristana, 47000…
Berita Domestik
Honda Malaysia hari ini telah membuka satu lagi pusat 3S baharu di Skudai, Johor yang dikendalikan…