Kimera EVO37 kembalikan nostalgia kegemilangan Lancia 037 dalam Group B WRC!

oleh Mohamad Hanif|
Ketika era kegemilangan Group B World Rally Championship sekitar tahun 1980-an, Lancia 037 merupakan satu-satunya jentera rali pacuan dua roda yang mampu memberikan saingan sengit kepada jentera rali yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarat homologasi yang telah ditetapkan pada ketika itu juga membolehkan Lancia menawarkan jentera yang serupa untuk kegunaan jalan raya, namun tidak banyak unit yang masih lagi berupaya menjalar dengan baik.

 


Untuk mengembalikan semula nostalgia, Kimera Automobili kini menawarkan 37 unit model restomod Lancia 037 yang diberikan nafas baharu supaya mampu berasimilasi dengan baik di zaman moden.

Rekaan Kimera EVO37 masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang terdapat pada Lancia 037 seperti bentuk asal dan diberikan nafas moden seperti lampu utama LED.

 


Disebalik reka bentuk yang hampir serupa, Kimera sebenarnya telah menggunakan bahan gentian karbon untuk panel badan EVO37  berbanding penggunaan gentian kaca pada model asal.

Konfigurasi pacuan juga masih sama - mengekalkan pacuan roda belakang yang dikuasakan oleh enjin 2.1 liter turbo, namun ia telah dibina semula dengan panduan daripada jurutera Lancia Claudio Lombardi supaya mampu menjana output setinggi 505 hp dan daya kilas 550 Nm!

 


Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan dan ditampung oleh penggunaan suspensi Ohlins dan sistem pemberhentian menggunakan brek seramik karbon Brembo.

Seperti yang disebutkan di atas, hanya 37 unit sahaja Lancia 037 moden ini dihasilkan dengan harga asas bermula dari 480,000 euro (RM2,421,243).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Itu merupakan cerita era 80-an di mana penulis sendiri belum sempat dilahirkan, namun jentera itu…