Kimi Raikkonen jadi bos pasukan motocross Kawasaki

oleh Mohamad Hanif|
Bekas pelumba Formula One, Kimi Raikkonen boleh dianggap sebagai satu bintang lagenda di kalangan para peminatnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Susuk tubuh yang berasal dari Finland itu pernah menyertai beberapa pasukan seperti Sauber, McLaren, Ferrari, dan Lotus sebelum menyertai pasukan Alfa Romeo.

Selepas bersara dari sukan tersebut, Kimi Raikkonen tidak terus lesap, sebaliknya beliau diberitakan akan mengetuai pasukan motocross Kawasaki MXGP Factory untuk musim 2022.
 

Kimi


Kimi Raikkonen akan menguruskan pasukan tersebut bersama-sama dengan bekas pelumba MXGP, Antti Pyrhonen.

Menurut Raikkonen, "kami berasa amat gembira kerana Kawasaki memilih kami sebagai pasukan kilang. Saya tahu peluang untuk berjaya adalah lebih besar dengan sokongan terus daripada kilang.

Untuk tahun ini, pasukan Kawasaki MXGP Factory akan menampilkan juara FIM Motorcross 2015, Romain Febvre serta pelumba Britain Ben Watson.

Sumber: RideApart