Kini anda boleh berpiknik di tepi jalan dengan Ford Mach-E

oleh Mohamad Hanif|
Demi anda, kami sudah pun menyemak beberapa kali tarikh hari ini, dan membuka kalendar fizikal bagi membuktikan berita ini bukan datang daripada 1 April 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berita yang aneh ini datangnya dari Ford, di mana mereka mahu membuktikan tahap versatiliti SUV elektrik Ford Mustang Mach-E dengan satu perbuatan yang cukup aneh - menikmati jamuan terus daripada trunk hadapan a.k.a frunk Ford Mustang Mach-E.

 


Dengan hanya meletakkan ais, frunk Ford Mustang Mach-E anda boleh bertindak sebagai sebuah kotak penyejuk yang biasa dibawa ketika aktiviti luar dan lebihan air tersebut boleh disalur keluar menerusi saluran khas di bahagian bawah komponen tersebut.

Menurut Ford, frunk tersebut memiliki dimensi sebesar 28 liter yang mana ia cukup untuk memuatkan makanan sejuk seperti minuman keras, minuman ringan, salad, atau makanan sejuk beku sebelum aktiviti BBQ di malam hari. 

 

 


Nasihat kami, tidak kira apa jua kenderaan anda, pastikan anda bersihkan kembali bahagian kabin selepas aktiviti makan-makan kerana ia sememangnya akan menarik perhatian serangga-serangga kecil. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…
Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…
Berita Global
Pada tahun 2022, Ford telah mengumumkan panggilan semula untuk EV Mustang Mach-E yang melibatkan…