Kini, anda boleh muat turun arahan suara Leona Chin di Waze!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan Minggu Keselamatan Jalanraya yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pengguna Waze di Malaysia boleh memuat turun arahan suara yang disumbangkan oleh personaliti sukan permotoran terkenal, Leona Chin. 

Penggunaan suara beliau yang ceria dan bertenaga ini diharap dapat membantu para pemandu mengekalkan mood pemanduan yang baik, terutama apabila Leona Chin mengumumkan keadaan trafik, selain memberikan tips keselamatan dan peringatan kelajuan. 

"Ramai yang menyangka, sukan permotoran adalah berkait rapat dengan kelajuan semata-mata, namun hakikatnya sebagai seorang atlit sukan permotoran, kami mementingkan keselamatan melebihi segalanya," ujar Leona Chin. 

"Sebelum melangkah kaki memasuki litar, kami harus sediakan diri sendiri dengan peralatan keselamatan yang mencukupi, dan di dalam litar, kekal fokus merupakan kunci utama.

"Dengan adanya peluang keemasan ini, saya mahu menyeru semua rakyat Malaysia supaya tidak mengambil remeh soal keselamatan jalanraya," tambah beliau lagi.


 


Menurut Kelvin Sim, Pengurus Negara Waze Malaysia berkata, "Kami berasa amat teruja untuk menawarkan arahan suara Leona Chin di dalam aplikasi Waze.

"Keselamatan dan keseronokan memandu sudah menjadi satu aspek penting kepada Waze, jadi dengan mempunyai seorang yang berperwatakan ceria dan faham cara pemanduan kenderaan adalah satu pilihan yang sesuai untuk berkongsi tips keselamatan dan peringatan dalam cara yang menarik perhatian," Kelvin Sim mengakhiri kata. 

Pengguna boleh memuat turun dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

1. Buka Menu dan kemudian Settings

2. Tekan Voice & Sounds

3. Tekan Waze voice

4. Pilih “English (UK) - Leona Chin

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…
Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…