Kit badan Beetle dari permainan Gran Turismo kini menjadi realiti

oleh Mohamad Hanif|
Siapa sangka, kit badan yang agresif khusus untuk Volkswagen Beetle yang boleh didapati menerusi Gran Turismo Sport bakal menjadi realiti dalam masa terdekat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi kerjasama antara JP Performance dan Prior Design, mereka bakal membangunkan kit badan sebenar yang menyerupai jentera digunakan dalam perlumbaan simulasi tersebut.

 


Kit badan ini boleh dimuatkan pada Volkswagen Beetle yang dibina antara tahun 2011 sehingga 2019 dengan harga jualan bermula dari €5,950 (RM30,077).

Pakej kit badan ini terdiri daripada bampar hadapan yang agresif menempatkan dua unit lampu kuning, lampu kabus LED kuning, hud dengan liang NACA dan ekstraktor udara yang besar, dan fender hadapan yang dilebarkan.

 


Arca roda belakang juga turut dilebarkan bagi mengikuti tema yang dibawakan pada bahagian hadapan, dan dikemaskan lagi dengan sayap belakang, bampar yang unik serta kehadiran diffuser.

Pembangunan kit badan khas ini juga turut mendapat kebenaran daripada Gran Turismo Sport serta Volkswagen AG sendiri.

 


Sayang sekali, hanya 53 unit sahaja kit badan ini akan dihasilkan, dan unit pertama dijangka siap menjelang bulan Mac tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…