Kit badan lebar G805 Performmaster untuk Mercedes-AMG G 63

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi firma penala dari Jerman, Performmaster telah memperlihatkan projek kit badan lebar yang dikhususkan untuk para pemilik G-wagen, khususnya Mercedes-AMG G 63 yang mahukan ekstra gentian karbon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kit badan G805 ini berjaya menambah sebanyak 10 mm kepada ukuran lebar asal G-wagen, menjadikan penampilan SUV kotak itu lebih agresif.

Selain itu, Performmaster turut menambah rekaan gril yang tersendiri, diikuti dengan lencana Performmaster, bampar depan yang unik, serta kemasan liang udara dan splitter daripada gentian karbon.
 

Gwagen


Tidak ketinggalan, pemasangan tempat pemijak sisi dengan lampu LED, bampar belakang dengan komponen gentian karbon, serta spoiler bumbung yang juga diperbuat daripada bahan yang sama.

Untuk ruang kabin, Performmaster telah mengemaskini bahagian tersebut dengan penambahan trim Alcantara dan juga kulit.
 

Gwagen


Tidak tertumpu kepada aspek estetik semata-mata, Performmaster turut menala kembali enjin asal 4.0 liter V8 G 63 ini, dan hasilnya ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 805 hp dan 1,020 Nm, jauh lebih berkuasa berbanding output standard (585 hp/850 Nm).

Pecutan 0-100 km/j mampu diselesaikan dalam masa sepantas 3.69 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 260 km/j.