Kit badan lebar untuk Volkswagen Golf GTI dari Prior Design

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda perasan, rekaan generasi baharu hot hatch Volkswagen Golf dilihat lebih 'feminin' jika dibandingkan dengan rekaan Golf Mk7.5 yang lebih tajam, maskulin dan hensem itu.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Namun, apa yang bakal dibawakan oleh Prior Design mampu mengubah imej feminin Golf Mk8 menjadi lebih jantan dan gagah di atas jalan raya.

Perubahan dimulakan daripada bahagian bampar hadapan, di mana Prior Design telah mengemaskini rekaan tersebut dengan splitter yang dipanjangkan.

 


Perubahan yang ketara adalah pertambahan dimensi lebar yang ketara pada bahagian arca roda dan boleh menempatkan rim aftermarket yang lebih lebar.

Jarak kelegaan tanah juga turut direndahkan bagi menampakkan stance yang lebih gagah.

Sementara bahagian belakang pula mendapat rekaan bampar baharu dengan diffuser agresif terbina, serta spoiler bumbung yang lebih ganas.

Setakat ini, tiada sebarang petunjuk bilakah kit badan lebar Prior Design ini akan dilancarkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Apa pun perbezaan antara kedua belah pihak, bagi kami GR Supra masih lagi merupakan salah satu…
Berita Global
Berdasarkan imej janaan komputer yang dibekalkan, Liberty Walk menjadikan Ferrari F40 tersebut…
Berita Global
Rocket Bunny kini menawarkan kit badan lebar khusus untuk model kereta sports pacuan roda belakang…