Namun, ada golongan pembeli yang menggemari SUV besar, tetapi tidak sampai hati untuk melenjan SUV baharu ini dijalanan yang kasar.
Untuk golongan ini, Modellista menawarkan pakej Aero Parts di mana ia tidaklah bertujuan untuk meningkatkan kadar aerodinamik terhadap SUV gedabak ini.
Pakej Aero Parts ini merangkumi seksyen bawah bampar hadapan, kemasan pada keempat-empat arka roda dengan trim kontras, diikuti dengan bahagian seksyen bawah bampar belakang dengan bentuk seakan diffuser yan gmenempatkan tip ekzos yang sporti itu.
Penampilan luar dikemaskan dengan rim aloi bersaiz 21 inci.
Harga untuk penawaran aksesori tersebut boleh didapati pada harga serendah ¥51,700 untuk spoiler bumbung (tidak dicat) sehinggalah ¥401,500 untuk Aero Parts Set A yang merangkumi kemasan bampar hadapan dan belakang, termasuk kemasan arka roda yang telah siap dicat.
Sementara ruang kabin pula tidak banyak penawaran yang boleh dipilih selain daripada kemasan logam pada panel pintu, tinta filem pada tingkap, penambahan lampu LED pada pintu dan juga ruang bagasi.
Namun jika anda merupakan seorang pencinta off-road sejati, anda seharusnya memilih varian Land Cruiser GR Sport, di mana harga jualannya di Jepun bermula dari ¥7,700,000 (RM297,867).