Kini, pengeluar kit badan TRA Kyoto tampil dengan penawaran terbaharu bagi model Toyota GR 86 2022, di mana ia membawakan rupa paras hadapan yang lebih agresif dengan pemasangan canard bersegi yang bersambung dengan splitter hadapan, serta kehadiran liang tambahan pada bahagian atas bampar depan.
Elemen fender yang lebar pada model lama turut dibawakan pada model GR 86 dengan rekaan arka roda yang sedikit bersegi.
Di bahagian belakang pula, kit Rocket Bunny telah menambah sayap belakang yang mengikut reka bentuk asal model GR 86, sementara rekaan bampar pula masih lagi mengekalkan kedudukan asal tip ekzos, namun dengan tambahan komponen kecil pada bahagian bawah tip ekzos.
Setakat ini harga jualan untuk kit badan baharu GR 86 ini tidak didedahkan.