Kit enjin Type R dengan Controls Package kini boleh dibeli!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Performance Development (HPD) baru-baru ini mengumumkan pengenalan pakej edisi terhad yang membolehkan anda memuatkan enjin Type R K20C1 ke dalam jentera litar anda.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Pakej tersebut dinamakan sebagai K20C1 Crate Engine dan Controls Package dan ia merangkumi unit enjin, alternator, pengecas turbo, motor penghidup, serta Controls Package yang terdiri daripada wiring harness, pedal pendikit, kotak fius dan ECU yang diprogramkan sendiri oleh HPD.

Penawaran enjin crate K20C1 ini telah pun bermula semenjak tahun 2017 di Amerika Syarikat, namun pada ketika itu ia hanya dihadkan kepada ahli Honda Racing Line dan pasukan perlumbaan sahaja.

Namun, untuk pertama kali, mana-mana individu dibenarkan untuk mendapatkan enjin crate K20C1 306 kuasa kuda itu, di mana menurut Honda ia direka untuk aplikasi penukaran enjin yang lebih mudah, berpatutan dan reliabel.

Pakej lengkap ini boleh didapati pada harga bermula dari $9,000 (RM36,396), namun hanya 93 unit Control Package sahaja yang akan dihasilkan oleh HPD.

Ia boleh dibeli bermula 1 Mei 2021.
.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi penggemar kereta dengan enjin pembakaran dalaman asli, berita ini pasti akan menggembirakan…
Berita Global
Salah satu daripadanya adalah Ford di mana menerusi divisyen Ford Performance mereka menawarkan…
Berita Global
Untuk rakyat Amerika Syarikat yang masih lagi kekal dengan trak dan van-van GM yang lama, usah…