Kit suspensi off-road Fox untuk Ranger, F-150 - harga dari RM6.2k

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para pemilik dua trak pikap popular di Amerika Syarikat - Ford Ranger dan Ford F-150 kerana divisyen Ford Performance kini menawarkan sesuatu yang lebih baik untuk trak pikap anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ford Performance, kit suspensi off-road terbaharu ini menjanjikan pengalaman serta prestasi off-road yang lebih baik kepada keupayaan sedia ada Ranger dan F-150. 
 


Kit suspensi yang ditawarkan ini turut merangkumi kit angkat (lift kit) sepanjang dua inci untuk kedua-dua gandar hadapan dan belakang, badan suspensi aluminium daripada Fox, spring coilover hadapan baharu, cagak hadapan serta bushings daripada polyurethane untuk mengurangkan kadar gegaran dan bunyi bising. 

Unit penyerap hentak ini dibangunkan oleh Ford Performance dengan kerjasama Fox - pakar suspensi off-road terkemuka yang turut menampilkan sistem injap dalaman yang unik untuk prestasi optimum untuk kedua-dua jalan biasa dan off-road. 
 


Kesan daripada penggunaan kit suspensi ini, Ford Performance mendakwa ia mampu meningkatkan sudut mendatang sebanyak 21 peratus, serta kenaikan 10 peratus terhadap sudut breakover pada Ranger. 

Manakala Ford F-150 pula turut mendapat peningkatan sudut mendatang sebanyak 22 peratus dan sudut breakover sebanyak 7 peratus.
 


Kit suspensi off-road ini boleh didapati secara sah di kesemua rangkaian pengedar Ford (di Amerika Syarikat) dengan harga jualan bermula dari $1,495 (RM6,255) tidak termasuk kos pemasangan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menggunakan asas daripada F-150 Lariat 4x4 SuperCrew, trak pikap Shelby yang didatangkan dengan…
Berita Global
Menerusi model ini, Ford mahu mendedahkan kepada umum potensi yang ada pada kit motor elektrik…
Berita Global
Kini, bertempat di acara SEMA yang sedang berlangsung, Ford memperlihatkan sebuah projek konsep…