KK Mart dibaling molotov, lelaki berkereta dengan pelekat Lalamove dikesan

oleh Hamimah Hamid|
SEBUAH cawangan kedai serbaneka KK Mart di Bidor dilempar molotov cocktail pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, semakan pada kamera litar tertutup (CCTV) kedai terbabit mendapati sebelum kejadian sebuah kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat warna merah Lalamove telah berhenti di tepi jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kemudian seorang lelaki telah turun dari kereta tersebut dan membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai kemudian terus beredar dari tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

 

Mohd Yusri berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada pekerja wanita kedai serbaneka terbabit memaklumkan mengenai kejadian.

 

Menurutnya, ketika kejadian pekerja terbabit mendengar bunyi botol pecah di hadapan kedai.

 

“Pekerja terbabit terus ke bahagian hadapan kedai dan mendapati serpihan kaca serta bahan letupan menyerupai mercun berada di atas lantai kedai.

 

“Pada masa sama, pekerja terbabit turut terhidu bau seperti minyak tanah dipercayai daripada serpihan kaca tersebut, katanya.

 

Ujar beliau, polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

 

Katanya, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Norseha Baharudin di talian 05-4011861 atau 017-7963359.