KKR cadang lebarkan Lebuh raya PLUS, jajaran Yong Peng Utara - Senai Utara

oleh Penyumbang Rencana|
Kementerian Kerja Raya bercadang untuk untuk menaik taraf Laluan Lebuhraya Utara – Selatan daripada empat lorong kepada enam lorong secara berfasa.


Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan itu telah diteliti memandangkan aliran trafik terlalu sesak pada waktu hujung minggu dan musim perayaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau berkata cadangan projek yang dianggar melibatkan kos RM525 juta itu termasuk dalam Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia ke-12.

 

Namun, Nanta berkata kelulusan bagi peruntukan dana tersebut tertakluk kepada pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat ini berdasarkan kepada keutamaan dan kedudukan kewangan kerajaan.

 

"Untuk makluman, sekiranya pelaksanaan pelebaran tersebut dilaksanakan dengan menggunakan dana kerajaan, maka tiada kos di pihak syarikat konsesi, bermaksud tiada tambahan tol kepada pengguna lebuh raya," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.

 

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkenaan status projek pelebaran lebuh raya tersebut dan implikasi kewangannya.

 

Nanta berkata bagi keseluruhan pelebaran jajaran sepanjang 195 kilometer dari Ayer Keroh, Melaka ke Johor Bahru, Johor dianggarkan menelan kos berjumlah RM7.5 bilion.

 

Sementara itu, Nanta berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memastikan kerja penyelenggaraan jalan berlubang dilaksanakan mengikut kaedah ditetapkan dan tidak berdiskriminasi dalam meluluskan peruntukan kepada mana-mana negeri untuk tujuan tersebut.

 

Beliau berkata JKR meningkatkan kompetensi jurutera-jurutera yang terlibat dalam reka bentuk dan senggaraan serta menggunakan teknologi terkini bagi memastikan Jalan Persekutuan selamat dan selesa untuk pengguna. 

 

Menurutnya, peruntukan penyelenggaraan Jalan Persekutuan untuk setiap negeri diberikan secara tahunan berdasarkan senarai keutamaan kerosakan jalan yang disediakan JKR dan tertakluk kepada peruntukan diluluskan Kementerian Kewangan.

 

"Oleh itu, kelulusan peruntukan tahunan ini adalah berbeza tanpa mengira negeri yang ditadbir oleh kerajaan mahupun pembangkang," katanya.

 

Beliau menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) mengenai usaha kerajaan dalam mengatasi masalah jalan berlubang dan sama ada peruntukan untuk tujuan itu diberikan sama rata kepada setiap negeri.

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal…