KLBS2023: Brixton Crossfire 150 XS debut di Malaysia - Enjin 150 cc, 13.4 HP, 10.5 Nm, dari RM8,788

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Juga bertempat di di KL Bike Show 2023 yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur, satu lagi jenama di bawah Mforce iaitu Brixton telah melancarkan model baharunya, Crossfire 150 XS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tampil kali pertama dengan sesaran baharu untuk kelasnya, ia dikuasakan enjin 150 cc dipadankan dengan transmisi 5 kelajuan yang menghasilkan 13.4 HP dan 10.5 Nm.

 

2

 

Enjin empat lejang sejukan udara itu turut dilengkapi sistem suntikan bahan api (EFI), dengan kemampuan untuk memecut sehingga 110 kmj.

Crossfire 150 XS memiliki dimensi 1,690mm panjang, 755mm lebar, dan 1,210mm tinggi, menjadikannya tunggangan santai untuk kegunaan harian.

 

3

 

Dari segi suspensi, ia didatangkan dengan fork USD di depan dan monoshock di belakang, manakala aspek brek dibantu oleh angkup brek bersama cakera bersaiz 220 mm di depan dan 190 mm di belakang.

Rim pula menggunakan saiz 12 inci, dibaluti tayar bersaiz 120/70 di depan dan 130/70 di belakang.

 

4

 

Untuk pasaran Malaysia, Brixton Crossfire 150 ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Backstage Black, Clockwork Orange dan Cargo Green, dengan harga bermula dari RM8,788.00, tidak termasuk insuran dan cukai jalan.

Setiap pembelian Crossfire 150 XS turut didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdahulu, kempen perkhidmatan bantuan banjir dilancarkan oleh MForce khusus buat mangsa yang…
Berita Domestik
Pemilik motosikal berjenama SYM, Benelli, WMoto, SM Sport, Keeway dan Brixton yang terjejas di…