KLIA Perkenal Lorong Pengambilan Berganda di Terminal 1

oleh Qalif Latif|
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini sedang menguji sistem lorong pengambilan berganda (dual pick-up lanes) di Terminal 1 sebagai usaha mempercepatkan aliran trafik di aras ketibaan.

KLIA
Pihak pengurusan KLIA dalam satu kenyataan menjelaskan, langkah ini dilaksanakan bagi memastikan proses mengambil penumpang berjalan lebih lancar tanpa kesesakan. Para pemandu diminta untuk mematuhi papan tanda dan arahan daripada marshal lapangan terbang.

KLIA
“Ini bukan kawasan untuk lepak. Pastikan anda pantas dan bersedia. Jika penumpang anda masih belum tiba, jangan berhenti lama seperti menunggu musim Harumanis,” jelas KLIA dalam pengumuman tersebut.

Sebagai alternatif, pemandu boleh menunggu di kawasan berikut:

  • Parkir Jangka Pendek (Short-Term Car Park) – Percuma selama 15 minit

  • Parkir Jangka Panjang (Long-Term Car Park) – Percuma selama 30 minit

  • Ruang Menunggu Awam KLIA – Kawasan khas menunggu dengan lebih selesa dan tenang

KLIA
Pelaksanaan lorong pengambilan berganda ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak dan musim cuti, sekaligus memberi pengalaman lebih baik kepada pengguna KLIA.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kementerian itu, kejadian tersebut menyebabkan penurunan voltan sekali gus menjejaskan…
Informasi
"Memandangkan kerja-kerja tersebut siap lebih awal daripada perancangan, landasan ini kembali…
Informasi
"Akibatnya, sesetengah penerbangan mungkin mengalami kelewatan disebabkan pelarasan kapasiti…