Justeru, Aishah menyeru pemain industri automotif tempatan mengambil bahagian dalam KLIMS 2018 itu nanti kerana ia boleh dianggap sebagai hab bagi kegiatan mempromosi dan mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran.
Lebih 100 pempamer terlibat dalam KLIMS kali ini termasuk Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Kawasaki, Kia, Lexus, Mitsubishi, Nissan, Peugeot, Perodua, Proton, Toyota, UD, V-Kool dan 3M.
Tambah Aishah lagi, pihaknya menjangkakan lebih daripada 350,000 orang pengunjung bakal hadir memenuhi ruang pameran berkeluasan 50,000 meter persegi sepanjang 10 hari acara itu berlangsung nanti.
Hadir sama pada majlis perasmian semalam ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi Trade-Link Exhibition Services Sdn. Bhd. merangkap Pengurus KLIMS 2018, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Maklumat lanjut mengenai KLIMS 2018 boleh didapati menerusi laman web www.klims.com.my atau hubungi Trade-Link Exhibition Services Sdn Bhd di Tel:+603-7842 9863.